Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Gambar Wanita Beri Susu Badan Pada Anjing

Seorang wanita sanggup memberi susu badannya kepada seekor anak anjing yang hampir mati akibat enggan makan.Wanita yang enggan dikenali itu berkata, dia tidak sampai hati melihat anak anjing itu terlalu lemah kerana enggan makan.“Melihat keadaannya saya rasa seolah-olah anjing itu akan mati dalam sejam jika tidak makan kerana terlalu lemah dan tidak mampu bergerak.


                                                      anjing yang sedang menghisap susu wanita

“Saya tidak tahu apa lagi nak buat. Rasanya tidak sanggup nak duduk saja dan melihat anjing itu mati perlahan-lahan,” katanya kepada rangkaian berita tempatan KRDO-TV.Menurutnya, haiwan itu yang paling kecil dalam sekumpulan anak anjing yang ditemuinya.

Wanita itu yang mempunyai anak perempuan berusia 15 bulan mengakui rasa ‘pelik’ ketika pertama kali membiarkan anak anjing itu menyusu badannya.Namun dia tidak menyesali perbuatannya itu kerana yakin haiwan berkenaan pasti mati jika tidak mendapat susu.Malah, anak anjing itu kini semakin sihat dan tidak lagi perlukan susunya.

Menurut KRDO, gambar wanita itu menyusukan anak anjing itu disebarkan di Internet selepas dia menyiarkan gambar di laman Facebook miliknya menjelaskan alasannya berbuat demikian.Walaupun ramai yang mempertikaikan tindakannya, ada juga yang memujinya.

“Saya rasa dia sangat hebat kerana sanggup membantu seekor anak anjing yang lemah,” kata seorang pengguna Internet di laman web KRDO.

sumber
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info