Proses pengebumian adalah proses akhir dalam menguruskan jenazah. Pada ketika inilah ramai orang akan berpusu-pusu menuju ke kawasan perkuburan untuk sama-sama membantu dan menyaksikan bagaimana jenazah itu dikebumikan dalam liang lahad. Terdapat pelbagai peristiwa pelik yang berlaku antaranya pengalaman seorang ustaz yang diganggu makhluk halus selepas pulang dari kubur. Namun mengapa ustaz itu diganggu?
Hati saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram. Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami. Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang kebawah saja yang saya dan kawan-kawan saya uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an itu dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ. Baunya memang busuk.
Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkan saya. Sudah bermacam-macam mayat yang pernah saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam sedikit.
Semasa memandikan jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran, khususnya ayat kursi, terus saya baca. Berdasarkan pengalaman lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami, maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai Allah.
Apabila sudah selesai menguruskannya, kami hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan. “Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya datang ke sini semula,” pesan saya kepada penggali kubur. Saya tidak dapat turut serta kerana saya perlu menghantar dahulu juru urus jenazah wanita yang dipanggil satu jenazah.
“Insya-Allah,” jawab penggali kubur tersebut. Saya tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah. Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya.
Selepas menghantar juru urus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apabila tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan.
“Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai,” kata penggali kubur tersebut.
“Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu.”
Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, saya rasa seperti ada sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu ada dalam kereta untuk mengikut saya pulang ke rumah. Perasaan seram kembali semula. Dengan serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba halau ‘benda’ itu. Namun saya tahu saya gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam itu saya berperang dengannya.
Kira-kira pukul 11 malam, ketika kami sekeluarga hendak tidur, saya mula rasa lain macam. Isteri dan anak saya juga gelisah seperti ada sesuatu yang mengganggu perasaan mereka. Perasaan seram kembali datang. Bulu roma saya meremang.
Satu demi satu ayat saya baca dan kemudian hembuskan hingga syaitan itu pergi meninggalkan saya. Biasanya saya gunakan surah al-Fatihah, tiga Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang terakhir. Alhamdulillah saya berjaya, tapi tidak lama kemudian, gangguan itu datang kembali. Sekali lagi saya bacakan ayat-ayat tertentu dan hembuskan ke arahnya. Untuk sementara waktu, ia lari meninggalkan saya.
Rupa-rupanya gangguan itu cumalah permulaan. Semakin larut malam, tindakannya semakin agresif. Apabila saya mula hendak melelapkan mata, ia kembali semula dan mencucuk tubuh saya. Saya tersentak dan tidak jadi tidur. Saya lihat sekeliling, tapi tiada apa yang saya nampak kecuali gelap. Saya baca ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika.
Memikirkan gangguan itu sudah berakhir, saya cuba melelapkan mata. Namun apabila saya hampir terlena, ia datang semula dan mencucuk pusat saya. Sekali lagi tersentak. Begitulah yang berlaku seterusnya. Punggung dan badan saya dicucuk apabila hendak melelapkan mata. Setelah hampir sejam diganggu, akhirnya gangguan itu terus berhenti. Saya tidur tanpa sebarang gangguan lagi.Alhamdulillah, itulah sekali saya diganggu oleh syaitan daripada mayat berkenaan.
Telahan saya bahawa gangguan tersebut berpunca daripada mayat yang saya uruskan pada siang harinya memang berasas. Sebabnya ialah tidak berapa lama kemudian saya mendapat berita bahawa penggali kubur itu telah sakit selama sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup penggali kubur itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh ‘mayat’ berkenaan. Apabila dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam pejabatnya. Apabila dia masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat.
Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di bilik tidur, di ruang tamu, di bawah pokok atau di mana sekalipun, pasti dia akan ternampak mayat itu. Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan. Selepas puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sedia kala.
Mungkin ada yang mengatakan cerita saya ini karut, atau sengaja direka, tapi percayalah, ia memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian itu memberi iktibar yang besar kepada saya.
Dari segi syarak, gangguan yang kami alami itu dilakukan oleh iblis menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya kita berhenti daripada menguruskan jenazah. Gangguan seperti ini jangan dilayan kerana menguruskan jenazah adalah ibadah.
Saya yakin gangguan yang kami lalui berpunca daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh lelaki tersebut. Menurut pendapat sesetengah orang, gangguan seperti itu berlaku kerana lelaki berkenaan membela jin dan syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya.
Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialah dengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan separuh lagi dibuang di darat. Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagian tubuh itu dibuang di darat, atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula. Itulah cerita yang saya dengar, betul atau tidak wallahuaklam.
Nasihat saya, janganlah dituntut ilmu yang bukan-bukan, yang bersahabat dengan syaitan. Dalam syarak, apa ilmu kita tuntut pun kita tak boleh kebal. Malah nabi yang hafaz al-Quran, rasul, tapi dia juga cedera semasa perang. Sebenarnya kita bukannya kebal, tapi dilindungi oleh jin.Ingatlah, jika kita berkehendakkan sesuatu, bermohonlah kepada Allah. Janganlah salah guna ayat al-Quran.
Sumber:http://merepeklah.blogspot.com
Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |
ARTIKEL TERKINI
ARTIKEL LAIN
-
▼
2014
(613)
-
▼
Februari
(246)
- BORANG PERMOHONAN SL1M SKIM LATIHAN 1MALAYSIA ONLINE
- Senarai Tempat Yang Mempunyai Masalah Bekalan Air...
- 8 Surah Yang Diamalkan Ini Mampu Memusnahkan Sel-S...
- Tanda-tanda Awal Anda Mengidap Penyakit Buah Pinggang
- Sup Ketam Nipah Penawar Demam Denggi
- Buat Projek Dengan 2 Lelaki Dalam Kereta
- Abang Kandung Bertopengkan Syaitan
- 5 Gambar Gadis Dibakar Kerana Cinta Tidak Dibalas
- 5 Gambar Aktiviti Pelik Pelajar Jepun Dalam Sekolah
- Lelaki Sedih Anjingnya DiMasak Jiran Sebelah Rumah
- 6 Gambar Ngeri Proses Pemedahan Mayat Bayi Yang Ma...
- Lagi Kes Terbaru Bayi Didera Sampai Mati Di Kuala ...
- Model Ditawar RM5.5 Juta Hanya Semalaman Layan Put...
- Kisah Benar Student Nurse Tercucuk Jarum Pesakit HIV
- Dilema Wanita Apabila Dikejutkan Sikap Buruk Kawannya
- Buat Projek Dalam Tandas Ketika Jemaah Lain Solat ...
- Akibat Bergaduh Dalam Parlimen Seronok Lelaki-Lela...
- 5 Gambar Wanita Ambil Duit Hanya Memakai Coli Di M...
- Telur Rebus Dalam Far*J Seorang Wanita
- Ajal 2 Staff Posmen Terlibat Dalam Kemalangan Jal...
- Nasib Anu Tak Berfungsi Kalau Tak Naya La Wanita Ni
- 5 Gambar Pakwe Gantung Diri Kerana Gaduh Dengan Aw...
- Punca Sebenar Amah Kelar Leher 2 Beradik Hingga Mati
- Harap Muka Saja Lawa Tapi Banggang
- Gambar Budak-Budak Hingusan Sekarang Yang Sangat M...
- Kisah Benar Nyaris Jadi Mangsa Pemandu Teksi
- Apabila Dikelilingi Lelaki Hidung Belang
- Edit Gambar Yang Paling Bangang
- Hobi Songsang Sering Mel1wat Anak Jiran Terima Padah
- Gadis Tempatan Meraung Ditangkap Dengan Lelaki Afrika
- 6 Gambar Keadaan Mangsa Selepas Dibaham Cheetah
- 10 Kesalahan-kesalahan Dalam Solat Yang Kita Tidak...
- Kenapa Pasangan Bercinta Sering Berz1na ??
- Apabila Si Gemuk Membuat Superman Di Atas Motor
- 9 Gambar Wanita Masih Hidup Walaupun Ditimbuni Lau...
- 4 Gambar Sikap Buruk Harry Potter Melihat Buah Pas...
- 2 Gambar Pasangan Dibaham Singa Ketika Berz1na Dal...
- Antara Isi Kandungan Hukum Hudud Di Brunei
- 4 Gambar Fesyen Yang Sangat Gila
- Kopi Mempunyai Racun Yang Berbahaya
- Gambar Awek Sekolah Yang Sangat Mengoda
- 12 Gambar Haiwan Dalam Rahim Ibunya
- 10 Sebab Mengapa Facebook Beli Whatsapp
- Video Real Akibat Pinjam Ah long Lelaki Ini Hilang...
- 3 Gambar Fesyen Artis K-pop Seperti Tidak Memakai ...
- 15 Gambar Wanita Berlawan Dalam Lumpur
- Abang Tengok Filem Blue Kemudian Lepaskan Pada Adi...
- 3 Gambar Polis Seksa Lelaki Yang Didapati Bersalah...
- Lipas Ditemui Dalam nasi Berianni
- Guru Cantik Di Dakwa Melakukan S3k Dengan Pelajar ...
- MAS Dan Air Asia ‘Berperang’ Di Facebook
- Adakah semua kelahiran daripada ibu yang menghidap...
- 2 Lelaki Ditangkap Kerana buat Projek Dengan Lembu
- Luahan Anak Perempuan Apabila Ibunya Berkahwin Den...
- Kerana Putus Cinta Lelaki Sebar Gambar Hot Teman W...
- Gagal Buat Projek Dengan Mayat
- 2 Beradik Mati Serentak
- Gambar Lembaga Hitam Berjaya Ditangkap Ketika Seda...
- 80 Peratus Gula-gula Getah Dan Jeli Diperbuat Dari...
- 4 Gambar Gadis 15 Tahun Ini Meninggal Kerana Over...
- 5 Gambar Taman Awam Jadi Taman Nafsu
- Pemuda Mati Telefon Bimbit Meletup Ketika Sedang M...
- Amaran Keras Daripada PDRM Teknik Jenayah Terkini ...
- Tujuh Wanita Telah Meninggal Dunia Selepas Mencium...
- Umie Aida Tampil Jawab Isu produk Double Stemcell ...
- 143 Senarai Syarikat MLM Dan Pelaburan Tak Sah Dan...
- 3 Gambar Kesan Buruk Ketika Online Menggunakan Mo...
- 13 Gambar Lelaki Berubah Menjadi Wanita Yang Sanga...
- 6 Gambar Tornado Ribuan Ikan Dalam Taman Negara Me...
- 13 Gambar Semua Lukisan Ini Terhasil Oleh Pasangan...
- Pak Cik Aris Ditetak Hingga Mati
- Disebalik Kisah Gadis Melayu Yang Semakin Rosak
- Wanita Bakar Kucing Hidup-hidup Kerana Serang Ikan...
- 5 Gambar Kejam Remaja Dibakar Kerana Enggan Bayar ...
- Tweet Sultan Melaka Tak Dapat Nurul Izzah Dapat Er...
- Perempuan Simpanan Tersilap Upload Gambar
- Pasangan Kantoi Projek Di pasaraya Gurney Plaza
- Penjelasan Mengapa BR1M Dapat RM450 Bukan RM650
- Facebook Membeli WhatApp 52 Bilion
- Dalam Masa 6 Jam Diratah 30 Lelaki
- Hukum Mencukur Janggut Haram
- Pasangan Keluarkan Status Dalam Facebook Masuk Dal...
- Kisah Benar Kejadian Hitam Dalam Pasaraya Giant
- Terkini!!! Fan page Murtad In Kelantan Menghina Na...
- Bahaya Produk Collagen Plus Vitamin E Yang Anda Pe...
- Video CCTV Pengurus Restoran PIzza Hut Kencing Dal...
- Status Paling Banggang Gadis Bertudung
- Kecoh Apabila Makanan Tidak Halal Ada Logo Halal D...
- Bapa Kesal Dakwa Anak Meninggal Disebabkan Kecuaia...
- Lelaki Bakar 3 Anak Saudaranya Hingga Mati
- Wanita Dirompak Ketika Ingin Menjual Ikan
- Anak Gadis Jadi Penganti Ibu Untuk Menari Di Kelab...
- Hukum Minum Air Mineral Spritzer, Cactus, Desa Yan...
- Cara Samak Kenderaan Jika Terlanggar Anjing Atau Babi
- Pemandu Bas Yang Jahil
- Anak Kandung Halau Ayah Sendiri Keluar Dari Rumah
- 10 Perkara Jangan Dedahkan Di Facebook Dan Twitter
- Kejadian Tembak Di Lampu Isyarat Kulim
- Anak Yang Jahat
- Ditanam Ketika Masih Hidup
-
▼
Februari
(246)
Dikuasakan oleh Blogger.