Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

OMG : Buah-buahan Yang Pelik Di Dunia (8 Gambar)

#Sini kami senaraikan buah yang buat anda berfikir, kenapa aku tak nak cuba merantau ke luar negara.


Tangan Buddha

Buah kuning ini diberi nama buah tangan Buddha kerana buahnya terbahagi ke dalam seperti jari
tangan manusia. Buah ini ditemui di Asia. Buah Tangan Buddha ini memiliki kulit tebal dan hanya
mempunyai sedikit isi. Buah ini digunakan di Jepun dan China sebagai aromaterapi di bilik tidur
kerana buah ini memiliki bau seperti bau buah yang kuat. Dalam masakan Barat, buah ini
sangat berharga.



kiwano


Buah ini memiliki banyak nama seperti kiwano, melon bertanduk, timun bertanduk, labu lindung,
melon jelly. Buah ini merupakan salah satu dari buah asli dari Afrika, tetapi ia juga tumbuh di
California, Chille, Australia dan Selandia Baru. Di California, buah ini dikenali sebagai
buah Blowfish. Walaupun buah ini dapat dimakan, buah kiwano ini lebih banyak digunakan
sebagai makanan dekorasi.




Yangmei


Yangmei adalah tanaman asli dari Asia Tenggara, terutama China. Pohon ini banyak digunakan
sebagai ornamen di taman dan kebun-kebun buahan. Buah ini memiliki warna merah terang dan
rasa masam manis. Di tengah-tengahnya terdapat benih/biji, dengan diameter setengah dari buahnya.




Deliciosa monstera


The monstereo, windowleaf, Mexican breadfruit, Swiss cheese plant, ceriman, fruit salad plant,
monster fruit, atau apapun nama bagi buah pelik ini adalah lebih dikenali sebagai deliciosa monstera.
Buah yang berasal dari jenis anggur ini merupakan tanaman asli dari Mexico dan Panama.
Tinggi pokoknya dapat mencapai sehingga 20 meter. Buah ini secara puratanya berukuran 25 cm,
dan kelihatan seperti telinga hijau. Buah ini digunakan untuk mengubati penyakit arthritis
atau gigitan ular.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info