Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

MATI KEMALANGAN SELEPAS UPDATE STATUS FACEBOOK

Taylor Sauer (18) ialah seorang pelajar Universiti Utah. Tahun lalu beliau meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya mencium bontot lori pada kelajuan 130 kmj. Kemalangan ini mungkin boleh dielakkan sekiranya beliau tidak asyik mengupdate status Facebook beliau ketika memandu. Menurut laporan MSNBC, beberapa minit sebelum kemalangan beliau sempat menulis status Facebook yang berbunyi;

"I can't discuss this now. Driving and facebooking is not safe! Haha."

Di tempat kejadian polis tidak menemui kesan brek dan ini menunjukkan beliau melanggar belakang sebuar lori ketika asyik menaip. Pihak polis juga mendapati pada malam kejadian beliau mengupdate status Facebook memalui telefon beliau setiap 90 saat.

Kematian Taylor kini mahu dijadikan iktibar oleh ibu bapa beliau. Mereka mahukan undang-undang melarang menaip ketika memandu diadakan di Idaho. Idaho ialah salah satu diantara 13 negeri di USA yang masih belum mempunyai undang-undang sebegini.

#90saat.. Laju tangan beliau




Laporan asal MSNBC
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info