Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Berkat Doa Isteri Ketua Kongsi Gelap Insaf


(gambar Hiasan)
JOHOR BAHRU: Berkahwin dengan bekas ketua kongsi gelap menjadi dugaan paling besar seorang wanita apabila terpaksa menahan maki hamun, panas baran suami yang juga kaki botol dan perempuan.Bagaimanapun bagi isteri Wak Langsi, Ulyadulyani Cahyani, 39, dari Indonesia semua itu ditempuh penuh sabar dan berkat doa sejak bernikah pada 2008, suaminya berubah meninggalkan maksiat yang menjadi mainan hidupnya selama ini.

Ulyadulyani berkata, dia tercengang apabila melihat peti sejuk dipenuhi tin arak ketika berpindah ke rumah suaminya selepas berkahwin, empat tahun lalu.“Ketika itu, saya anggap ada tanggungjawab besar untuk mengubah suami menjadi manusia berguna kerana sayangkannya. Syukurlah, berkat doa dan sabar, dia kini berubah dan bertaubat.

“Jika dulu saya dimaki kerana membaca al-Quran dan solat, disebabkan takut saya mendiamkan diri tanpa solat walaupun sudah memakai telekung dan mengambil wuduk kerana jika anginnya tidak elok, dia akan memecahkan barang hingga menakutkan saya.
“Kini, saya dimarahnya jika melengahkan solat dan kami kerap solat berjemaah,” katanya.Sebagai isteri, katanya. dia kerap memberi semangat kepada suami untuk terus di jalan benar berikutan sikap Wak Langsi yang panas baran terutama apabila disindir jemaah lain.

Menurutnya, suaminya masih terpengaruh dengan cara hidup lama dan sanggup berhenti menunaikan solat serta hampir memukul jemaah yang menegurnya dengan niat bergurau.
“Mabuk, kaki perempuan dan pukul orang berjaya dibuang suami, tetapi panas barannya sukar dibendung,” katanya.Lebih menyedihkan, katanya, pada awal perkahwinan dia hanya mampu mendengar takbir raya di televisyen kerana risau dimarah suami jika ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri. Katanya, mereka tidak mengunjungi saudara seperti orang lain kerana semuanya takut berhadapan Wak Langsi.

Berbekalkan buku panduan membaca al-Quran, katanya, dia kini menjadi guru untuk membantu suaminya mengenal semula huruf kerana suaminya itu tidak mempunyai asas membaca Muqaddam.
Ulyadulyani berkata, suaminya pernah menyatakan hasrat menunaikan haji dan setiap kali azan, suaminya hiba serta menitiskan air mata apabila melihat rakan seusianya pulang daripada mengerjakan umrah atau haji.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info