Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Seks Oral Punca Kanser Mulut


Seks Oral Punca Kanser Mulut
LONDON – Peningkatan kes kanser mulut dikatakan berpunca daripada amalan seks oral yang semakin meluas.Dalam hasil kajian diterbitkan semalam, pakar di Pusat Kajian Kanser United Kingdom mendapati, seramai 6,200 orang dewasa disahkan mengidap penyakit itu tahun lalu.Dua pertiga daripada penghidap itu pula terdiri daripada golongan lelaki.
Ketua penyelidik, Richard Shaw, berkata pada 2001, hanya 4,000 orang dewasa menghadapi kanser mulut.Sebelum ini, katanya, pakar sering mengaitkan kanser mulut dengan amalan merokok dan minum arak berlebihan.
“Bagaimanapun, kajian terbaru menunjukkan peningkatan dramatik itu mempunyai kaitan dengan sejenis virus dikenali sebagai HPV (human papillomavirus) yang boleh disebarkan ketika seseorang melakukan seks,” katanya.
Shaw berkata, kajian terbaru juga mendapati, pesakit menghidap kanser akibat HPV juga kini semakin muda.“Sebahagian daripada mereka mungkin tidak merokok,” katanya. – TS
sumber:mynewshub
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info