Seorang wanita hamil melahirkan seorang bayi atau kanak-kanak merupakan hal yang normal, namun di Kabupaten Takalar, Sulawesi Selatan, wanita ini sebaliknya melahirkan beratus batu permata.
Lihat Video
Lihat Video
Warga Kelurahan Palleko, Kecamatan Polong Bangkeng Utara, Kabupaten Takalar, telah digemparkan dengan peristiwa aneh yang dialami oleh Hartina, pada hari Isnin 3 Okt 2011.
Wanita yang memang sebelumnya diketahui hamil sembilan bulan ini, pada saat tiba waktu melahirkan justeru mengeluarkan butiran permata dengan pelbagai saiz dari rahimnya.
Ketika ditemui di rumahnya, keadaan fizikal Hartina pun kelihatan lemas dan terbaring. Dirinya mengaku terkejut dan seakan tidak percaya bahawa bayi yang di kandungnya selama sembilan bulan lebih itu tiba-tiba menghilang dari dalam perutnya.
Hartina mengaku, selama memeriksa masa kehamilannya ke doktor sama sekali tidak ditemui kelainan. Namun setelah kembali ke doktor untuk masa persalinan, tiba-tiba bayinya hilang dan keluar dari rahimnya justeru ratusan butir permata.
Asmawati Daeng Ngenang, jiran Hartina pun turut terkejut dengan berita ini. Kerana dia juga sempat melihat betapa Hartina sebelumnya memang benar-benar dalam keadaan hamil.
Khabar aneh ini pun terus tersebar di seluruh kampung. Hingga kini penduduk di situ masih terus datang berduyun-duyun mahu melihat dengan mata sendiri permata tersebut. Meskipun demikian, pasangan Suhartina dan Daeng Tawang merasa kecewa kerana bayi yang telah lama dinantikan itu kini hanya berupa permata.