Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

30 Pelajar Dan 2 Guru Diserang Histeria

Alor Setar: “Anak saya beritahu dia ternampak kelibat lembaga wanita merayau-merayau di kawasan tangga sebuah blok bangunan berhampiran kelas mereka sambil mengajaknya bermain-main menyebabkannya terus menjerit dan ia ‘berjangkit’ kepada pelajar lain.”

Ibu kepada seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang enggan dikenali itu berkata, anaknya tidak sedarkan diri selepas mendakwa melihat kelibat berupa wanita berkenaan.Dalam kejadian jam 9 pagi, semalam, sesi pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jabi, Pokok Sena, di sini, bertukar gempar apabila kira-kira 30 pelajar perempuan tingkatan dua, tiga dan lima serta dua guru wanita berusia 20-an diserang histeria.

Kejadian dipercayai bermula daripada seorang pelajar perempuan sebelum berjangkit seorang demi seorang hingga mereka terpaksa dibawa ke surau sekolah untuk dipulihkan.

Berikutan kejadian itu, seorang pelajar perempuan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, dipercayai akibat kancing gigi. -Harian Metro






 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info