Seorang lelaki hilang kewarasan diri apabila ditahan selepas didakwa memenggal kepala bapa sendiri yang cuba melindungi isterinya.
Bapanya Toufic Zahab, 69, mati selepas dia dihentak dengan batu dan kepalanya dipenggal di kediamannya di pinggir barat Sydney.
Polis mengesahkan kepala lelaki itu putus dan isterinya dirawat akibat terkejut selepas serangan itu yang dilakukan anak lelaki mereka, Khoder, 42.
“Seorang lelaki ditahan selepas satu mayat ditemui di sebuah kediaman di Bankstown pagi tadi,” kata anggota polis.
Polis dikejarkan ke kediaman itu sejurus selepas jam 6 pagi dan bertindak ekoran laporan ada kejadian keganasan domestik di kediaman berkenaan.
“Keadaan di tempat kejadian agak mengerikan. Ia suatu pagi yang sukar bagi keluarga itu, pihak polis dan juga petugas ambulans,” kata pemangku ketua polis Bankstown, Superintendan Glen Fitzgerald.
Saudara-mara keluarga itu yang berkumpul di luar kediaman memberitahu media bahawa Khoder menolak ibunya dari tangga hingga jatuh ke bawah sebelum menyerang bapanya.
Cucu lelaki mangsa, Abdul memberitahu Sydney Morning Herald: “Semua terkejut dan sangat sedih.
“Datuk saya adalah lelaki yang baik dan dikenali di kalangan masyarakat di sini. Kejadian ini paling tidak disangka akan berlaku,” katanya.