Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Petua Suri Rumah Untuk Elak Perut Buncit

Terima Kasih diatas kunjungan anda ke sini.Perkongsian kali ini.5 petua menarik untuk para suri rumah elakkan perut buncit ikuti petua di bawah
1. Lengkapkan hidangan harian dengan buah-buahan. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan sahaja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan.2. Minum banyak air kerana air tidak mengandungi kalori tetapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh.

3. Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.

4. Lakukan semua kerja rumah sendiri seperti membersihkan rumah, mengemas bilik tidur atau ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan aktiviti mengangkat beban. Ia bukan saja dapat membakar 350 kalori sejam tapi turut membakar lemak yang berkumpul pada perut anda.

5. Lakukan senaman latih tubi di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info