Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Pelik Darah Bayi Warna Pink

Info pelik:Darah Bayi Warna Pink Hospital Hubei di China tergempar apabila seorang kanak-kanak mengeluarkan darah berwarna merah jambu.Ia mengejutkan doktor dan staf-staf dihospital itu kerana darah bayi itu tidak seperti orang lain.Bayi yang dikatakan Ajaib tu sebenarnya menderita satu penyakit yang jarang berlaku kepada bayi.
Dalam laporan sebuah akhbar China, bayi itu dilahirkan dengan cukup sifat dan sihat. Selepas hampir dua bulan bayi itu menampakkan tanda-tanda mengalami sakit kemudian dihantar kehospital berkenaan untuk pemeriksaan.

Mereka terkejut setelah mengambil darah bayi itu kerana darahnya tidak berwarna merah sebaliknya berwarna merah jambu.Pemeriksaan selesai dan mendapati bayi itu menghidapi penyakit Hyperlipidemia, Anemia, Retinopathy dan jangkitan paru-paru. Penyakit Hyperlipidemia yang menyebabkan darah bayi bertukar merah jambu disebabkan darah mengandungi lemak berlebihan.

Kadar lemak tinggi dalam darah menyebabkan Arterinya tersumbat sehingga diserang penyakit kardio vaskuler seperti stroke dan masalah jantung.Bermacam-macam lagi penyakit yang biasa dihidapi orang dewasa ditanggung oleh bayi ini, sangat kesian melihat bayi ini menderita penyakit dewasa hanya dia sahaja tahu betapa menderitanya dia.

Jadi adakah anda bersyukur dengan diri anda yang sihat ni?

 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info