Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Kisah wanita hamil selepas terlanjur

Melihat raut wajahnya yang redup ditambah pula dengan sifatnya yang pemalu dan agak pendiam, ramai yang pasti tidak menyangka remaja perempuan berusia 17 tahun ini pernah melahirkan anak hasil hubungan luar nikah.


Namun itu semua sudah jadi kisah silam yang ingin dibuang jauh-jauh kerana Amna (bukan nama sebenar) sekarang hanya mahu memandang ke depan untuk menggapai semula cita-citanya yang hampir berkubur gara-gara tindak-tanduk sendiri.

Dia kini sedang berusaha menyambung persekolahannya yang tertangguh sejak setahun lalu kerana melahirkan anak hasil daripada hubungan terlarang dengan teman lelakinya.

Amna sedar dia kini tiada lagi masa untuk bermain dan membuang masa memandangkan tahun ini merupakan tahun paling penting dalam hidupnya kerana bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bayinya yang kini sudah berusia tujuh bulan dijaga oleh ibu bapanya yang nyata tidak pernah membuang Amna walaupun hakikatnya dia telah menconteng arang dalam keluarga.

Bahkan keluarganya masih memberi galakan kepada Amna untuk kembali ke sekolah yang terhenti separuh jalan.Bercerita lanjut tentang kisah hidupnya, Amna mengaku dia seorang yang pendiam tetapi mudah cair dengan pujuk rayu teman lelaki yang juga rakan sekelasnya.

Hubungan saya dan Akmal, memang rapat kerana kami tinggal sekampung dan sering menghabiskan masa bersama-sama. Kami telah mengambil keputusan menjalinkan hubungan secara serius apabila saling menyukai antara satu sama lain.

Selalunya, kami akan menghabiskan masa bersama-sama melakukan aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Adakalanya hubungan kami yang rapat ini turut menjadi bahan bualan rakan-rakan sekelas,” katanya.

Tambah Amna, hubungannya dengan Akmal turut mendapat teguran daripada ibu bapanya yang tidak mahu dia terlalu rapat dan bebas berkawan dengan lelaki memandangkan masih bersekolah.

Bagaimanapun teguran dan nasihat orang tuanya tidak diendahkan ibarat mencurah air di daun keladi.Biasanya kalau ibu berleter saya akan diam tidak melawan atau membantah tapi pada masa yang sama segala nasihatnya bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Malah dalam senyap saya masih bertemu dengan Akmal. Kami kerap melepak berdua-duaan di taman bunga dan tempat-tempat yang sunyi daripada pandangan orang ramai.

Pantang ada masa terluang pasti kami akan berjumpa. Memanglah tujuan berjumpa untuk mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan PMR (Penilaian Menengah Rendah), tetapi biasanya akan berakhir dengan melayan perasaan cinta sehingga terdorong melakukan hubungan seks.

Bukan sekali dua tapi hampir setiap kali berjumpa kami akan terlanjur,” katanya berterus-terang.

Menconteng arang

Amna mengakui, walaupun umur masih terlalu muda, perasaan untuk disayangi dan dikasihi menyebabkan mereka berdua ibarat belangkas yang sukar dipisahkan.
Ketika hanya tinggal sebulan sahaja lagi untuk menduduki peperiksaan PMR, Amna kerap demam manakala tekaknya berasa loya dan muntah-muntah.

Mengesyaki dirinya hamil, dia membuat pemeriksaan sendiri menggunakan alat pengesan kehamilan yang dibeli di farmasi dan terbukti telahan tersebut betul.
Ketika itu barulah rasa takut. Saya tidak tahu untuk mengadu pada siapa, untuk berterus-terang pada ibu dan ayah takut dimarahi mereka, lagipun ketika itu peperiksaan sudah semakin hampir.

Saya cuba beritahu Akmal, tetapi dia juga tak tahu apa yang perlu dibuat. Dia ada juga cadangkan agar saya gugurkan tetapi kami tidak tahu caranya.Akhirnya kandungan yang saya sembunyikan diketahui juga oleh ibu apabila melihat saya selalu demam dan muntah-muntah.

Ketika mengaku saya hamil, saya lihat wajah ibu cukup kecewa, ternyata apa yang dia takuti selama ini akhirnya berlaku juga,” katanya.Kata Amna, walaupun marah dan kecewa serta malu dengan jiran-jiran, ibunya tidak pula bertindak menghalau atau menghantarnya ke pusat pemulihan akhlak.

Sebaliknya, dia menerima malah bersedia menjaga bayi yang akan dilahirkan.Waktu itu barulah saya berasa cukup bersalah kerana telah mengecewakan orang tua saya. Saya juga menyesal kerana tidak mengendahkan nasihat dan larangan mereka selama ini sehingga menyebabkan saya hamil luar nikah.

 Saya juga malu pada jiran-jiran dan rakan-rakan yang mengetahui kehamilan saya tapi apa boleh buat nasi dah jadi bubur.Apa pun saya bersyukur kerana keluarga masih menerima saya walaupun telah membuat onar dalam hidup mereka,” kata Amna.

Dalam keadaan tubuh yang tidak berapa sihat kerana mengalami alahan mengandung, remaja itu tetap menduduki peperiksaan PMR .Bagaimanapun, apabila kandungan semakin besar dia menangguh sementara persekolahannya sehinggalah selamat melahirkan anak.

Selama sembilan bulan mengandung dan terpaksa menahan kutukan dan cemuhan daripada orang kampung, akhirnya saya melahirkan seorang bayi lelaki yang comel.Bayi tersebut dijaga oleh ibu sehingga hari ini. Saya pula kembali ke sekolah selepas memperoleh keputusan PMR yang boleh dibanggakan,” katanya yang berazam memperoleh keputusan SPM yang cemerlang bagi menggembirakan ibunya.

Ditanya mengenai teman lelakinya, Amna berkata, Akmal mula menjauhkan diri selepas mengetahui dia hamil.Ibu bapa saya ada juga bertemu keluarga Akmal untuk berbincang ketika mengetahui saya mengandung tapi mereka enggan terlibat.Disebabkan malas nak bising-bising, ibu bapa saya diamkan saja,” katanya.

semoga kisah ini menjadi tauladan dan ikhtibar kepada wanita-wanita diluar sana ingatlah sebelum terkena.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info