Video Maut Selepas Berselfie
Video Lakonan Semula
SEORANG wanita maut selepas berkongsi gambar 'selfie' semasa dalam perjalanan ke sebuah majlis di Amerika Syarikat.
Collette Moreno, 26, yang duduk di tempat duduk penumpang maut dalam insiden itu apabila kereta yang dinaiki bertembung dengan kenderaan lain ketika pemandu cuba memotong sebuah lori.
Kereta yang mereka naiki bertembung dengan kenderaan lain dari arah bertentangan, lapor sebuah portal.
Lebih menyedihkan, Collette Moreno, 26, baru beberapa minit mengambil gambar ‘selfie’ bersama pemandu yang juga sahabat baiknya, Ashley Theobald, 26.
Ketika kejadian, mereka sedang dalam perjalanan ke Tasik Ozarks, Missouri untuk parti tersebut.
Theobald yang cedera ringan memberitahu, dia cuba memotong sebuah lori yang mengeluarkan asap yang banyak sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan jenis pikap.
“Moreno ada asma yang teruk dan dia terbatuk-batuk. Jadi saya mengambil keputusan untuk memotong lori tersebut,” katanya.