Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Video Pengorbanan Seorang Lelaki Di Vietnam



Ini kejadian sebenar kehidupan penduduk kampung di Vietnam yang daif, dikesan terpaksa menggunakan beg plastik untuk membawa kanak-kanak melintasi sungai 'Nam Po', yang terletak di timur laut Vietnam di mana arusnya sangatlah deras.



Kanak-kanak itu biasanya akan dibawa menyeberangi sungai berkenaan di dalam plastik oleh seorang lelaki yang bertindak menjadi tukang pengangkut mereka menyeberang sungai berkenaan.

Sebaik selamat menyeberangi sungai lelaki itu terpaksa berenang manakala kanak-kanak itu akan merangkak keluar dari beg plastik besar itu dalam keadaan kering dan tidak basah.

Cara melintasi sungai yang berbahaya itu bukan sahaja dilakukan kepada kanak-kanak tetapi juga orang dewasa. Terbukti betul kata orang tua-tua dulu "Tiada rotan akar pun berguna juga".
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info