Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

11 Gambar Gagal Ke Suku Akhir Penyokong Sarawak Membakar Trak PDRM

Petra Jaya: Gara-gara pasukan Sarawak gagal mara ke suku akhir Piala Malaysia malam tadi, penyokongnya bertindak membakar sebuah trak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua unit kereta peronda ditolak ke dalam parit.

Terdahulu, penyokong Sarawak dipercayai tidak berpuas hati apabila Sarawak seri 1 - 1 menentang Perak, bertindak memasuki stadium dan membaling mercun dan suar. Keadaan menjadi semakin tegang apabila anggota keselamatan terpaksa berkampung di tengah padang bagi menghalang penyokong Sarawak.

Insiden yang mencemarkan imej Sarawak ini berlaku sebaik saja wisel perlawanan ditiup apabila rata-rata penyokong bertindak liar membaling objek ke padang.Kejadian menyebabkan pemain dan pegawai pasukan Perak terpaksa berkurung dalam bilik persalinan sehingga jam 1 pagi atas faktor keselamatan.

Keadaan di luar stadium yang masih kecoh memaksa anggota FRU melepaskan peluru pemedih mata.Lagi gambar penyokong Sarawak merusuh di Stadium:





















 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info