Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Ngeri!! Gambar-Gambar Muka Bayi Bengkak Teruk Digigit Semut Charlie

11 jam yang lulu, seorang pengguna Facebook, Melissa Melly berkongsi dua gambar yang menjadi viral di laman Facebook.Gambar yang menunjukkan wajah seorang bayi malang digigit oleh seekor semut yang paling digeruni oleh umat manusia iaitu Semut Charlie.

Menurut seorang lelaki yang pernah menjadi mangsa kepada serangga ini, Semut Charlie ini gemar berada di tempat yang bersuhu lembab terutamanya di tuala yang lembab. Jika terkena gigitannya, mangsa dengan serta merta akan berasa panas dan seperti terkena api. Sebaiknya segera simbah dengan air biasa.


Namun, jangan pula digaru, kerana ia mudah merebak dan membengkak. Jika terkena banyak gigitan, kulit akan melepuh seperti terkena air panas. Mangsa juga akan berasa pedih dan gatal-gatal. Jangan sesekali cuba memecahkan kesan lepuh kerana ia boleh menyebabkan air bisa tersebut merebak ke bahagian kulit yang lain.


Dalam tempoh 7 hari, rasa gatal akan mula hilang. Dan apabila sudah kering, ia akan meninggalkan kesan parut seperti terbakar. Sapukan dengan ubat seperti Bio Oil untuk menghilangkan kesan-kesan parut.Semut Charlie ini juga selalu ditemui di kawasan sawah padi.


Walau bagaimanapun, setelah membuat pencarian di Google, kejadian yang menimpa bayi berkenaan bukanlah berpunca dari semut Charlie. Ia sebenarnya penyakit Neurofibromatosis. Dan gambar bayi itu diperolehi dari negara jiran, Thailand.


contoh kesan gigitan semut charlie


Contoh penyakit Neurofibromatosis

sumber:isu panaz
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info