Menerusi laman sosial Aliaa memuat naik gambar dirinya bersama seorang lagi wanita berhijab sedang membuang besar dan memandang belakang sambil menunjukkan jari tengah. Dia pula memandang hadapan dalam keadaan sedang datang haid.
Begitu pun kebanyakan media cetak Arab dikatakan tidak melayan kegilaan Aliaa ini kerana tak mahu mencetak artikel bersama gambarnya bagi menjaga kesucian kalimah suci yang terdapat pada bendera yang disabotaj.
Ini bukan kali pertama Aliaa bertindak melampaui batas. Pada 2011 dia mengepos gambar bogelnya di laman sosial bagi menunjukkan pendirian sama.Tindakan itu mencetus kontroversi namun Aliaa tidak membalas kritikan diterimanya sementara pada masa sama terus aktif memperjuangkan hak sama rata wanita dan lelaki di Mesir.
sumber:mynewhubs