Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Akibat Tidak Mahu Bertanggungjawab Selepas Terlanjur

Ampang: Berang selepas kekasihnya enggan bertanggungjawab, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun nekad membuat laporan polis sebaik mendapati dia mengandung hasil hubungan terlarang mereka.

Difahamkan, gadis terbabit yang mengandung hampir dua bulan tidak puas hati selepas hasratnya untuk berkahwin dengan kekasih hatinya itu ditolak.

Sumber berkata, mangsa mendakwa mengenali teman lelakinya itu selepas melanjutkan pengajian di sebuah kolej swasta di Petaling Jaya. “Selepas beberapa bulan menjalin hubungan dengan lelaki terbabit, mangsa keluar bersama pada Julai tahun lalu.


“Teman lelaki mangsa sering membawanya ke rumah sewanya di Kampung Pandan, di sini, dan mereka melakukan hubungan seks,” katanya.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info