Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

4 Jenis Sakit Kepala Yang Sering Berlaku

Semua orang pernah menghidap sakit kepala terutamanya sewaktu kita mempunyai masalah. Tetapi tahukah kita apakah jenis sakit kepala yang kita sedang hadapi itu?
Pada dasarnya ada 4 jenis sakit kepala, yang penekanannya bermula daripada bagaimana rasa sakit itu dihasilkan. Menurut Clinical Methods, rasa sakit juga boleh terjadi pada setiap bahagian kepala, termasuk kulit, otot-otot, pembuluh darah, sinus, struktur gigi, dan saraf-saraf wajah.

STRESS

Sakit kepala di atas adalah berpunca daripada tekanan atau stress yang sedang kita alami. Rasa sakit kepala berlaku disebabkan ketegangan otot di di bahu, leher, kulit kepala, atau rahang.Kesakitannya seperti ada yang memerah kepala anda.

CLUSTER
Cluster HA Kenali 4 Jenis Sakit Kepala
• Sakit kepala jenis ini biasanya berlaku di kalangan lelaki pertengahan umur, manakala migraine tipikal lebih biasa berlaku di kalangan wanita.

• Sakitnya hanya mepiluti sebelah bahagina kepala sahaja. Sakit biasanya terjadi dibelakang mata dan biasanya berlaku pada mata yang sama.

• Sakit yang menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran.

• Sakit yang memuncak dalam tempoh 5 hingga 10 minit dan mungkin berlarutan sehingga beberapa jam.

• Sakit yang menyebabkan seseorang terbangun daripada tidur dan berlaku beberapa kali sehari untuk beberapa minggu dan kemudian berhenti. Menyerang hampir pada waktu yang sama setiap hari, untuk beberapa minggu atau bulan.

• Sakit yang mungkin berkaitan dengan sebelah bahagian rongga hidung tersumbat dan mata yang berair.

SINUS

n1265 Kenali 4 Jenis Sakit Kepala

Kesakitan yang dirasai adalah hasil  dari tekanan dalam sinus tengkorak.  Kesakitan tertumpu dibelakang dahi  dan tulang  pipi. Ianya disebabkan oleh jangkitan (bakteria atau virus) ataupun alergi.Tanda tanda bahawa  anda mempunyai jangkitan sinus ialah:

• Keluar cairan berwarna hijau dari hidung anda lebih dari 7 hingga 10 hari.
• Selsema atau hidung tersumbat.
• Rasa seperti sesuatu sedang menutup telinga.
• Bengkak di wajah.

• Rasa sakit di gigi

MIGRAIN

• Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas.

• Sakit dirasai disebelah bahagian sahajapada satusatu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala.

• Sakitnya berdenyutdenyut dan selalunya berlaku secara perlahan- lahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau lebih lama.

• Sakit mungkin menyerang sekali dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan, Migrain biasanya berlarutan selaman beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari.

• Sakit mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alcohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan seringkali disertai rasa loya dan muntah-muntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini.

• Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap migrain.

Hati-hatilah bila anda sering mengalami sakit kepala. Gangguan kesihatan yang kita anggap remeh ini sebenarnya boleh menjadi salah satu gejala dari penyakit yang lebih serius.-selangor2u.com

Related Post

  • Kesan Buruk Minum Air Berdirisalam sejahtera dan selamat datang ke blog Laman Informasi Terbaik.Satu perkara mungkin kita tidak tahu iatu persoalan…
  • Bahaya Kopi 3 In 1Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Shariza Abd. …
  • Durian Belanda Ubat Penyakit kanser Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu …
  • Makanan Yang Boleh Buat Jadi PelupaSesetengah makanan dikatakan boleh mempengaruhi diri anda untuk menjadi seorang pelupa. Oleh itu, baiklah kita makan se…
  • Bahaya Minuman Air Bergas"meme arr" sebut je pasal minuman bergas dan berkabonat ni..siapa x suka dari dewasa sampai kanak-kanak. Lagi-lagi wak…
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info