Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Doa Yang Dibaca Oleh Rasullulah Ketika Baginda Dikepung Kaum Quraisy.

Orang-orang kafir Quraisy berusaha ingin membunuh Rasulullah. Pada suatu hari mereka bermesyuarat untuk membincangkan bagaimana cara untuk membunuh Rasulullah SAW, yang selama ini usaha mereka itu hanya menemui kegagalan. Di dalam mesyuarat itu ada yang mencadangkan agar Rasulullah SAW dibuang dari Kota Makkah. Sebahagian yang hadir setuju dengan cadangan tersebut. 


Ketika itu masuk iblis yang menyamar sebagai orang tua sambil berkata “Jika kamu mengusirnya, sudah tentu ia akan diterima oleh bangsa lain. Lama-kelamaan pengikutnya akan bertambah ramai dan akan menghancurkan kamu. Bagaimana jika kita bunuh saja Muhammad itu.” Abu Jahal menyambut cabaran itu dengan senang hati. Bahkan ia mencadangkan agar diatur strategi yang baik. Ia menyuruh mengambil tiap satu suku beberapa orang yang kuat dan pandai dalam membunuh. Kemudian dari berbagai suku itu dihimpun menjadi satu kekuatan yang akan menghancurkan Nabi Muhammad SAW. Jika Nabi Muhammad keluar dari rumah, mereka harus membunuh secara bersama-sama. Dengan cara ini keluarga Bani Hasyim akan sukar untuk menghadapi semua suku di Tanah Makkah itu.
Cadangan Abu Jahal tersebut dipersetujui oleh peserta mesyuarat. Pada malam berikutnya mereka bercadang untuk mengepung rumah Nabi Muhammad. Sebelumnya Rasulullah SAW telah berpesan kepada Abu Bakar bahawa malam tersebut akan berlaku hijrah. Para pemuda-pemuda kafir Quraisy semuanya telah mengepung rumah baginda. Mereka tidak mahu memasuki rumah baginda tersebut, kerana mereka hanya mendapat perintah supaya menunggu di luar sahaja. Sebelum Rasulullah SAW mengadakan perjalanan, baginda menyuruh Ali Bin Abi Thalib tidur di atas tempat tidur baginda. Rasulullah SAW telah mengetahui dan sedar bahawa rumah baginda telah dikepung oleh pemuda-pemuda kafir Quraisy.

Mereka semua berhasrat ingin membunuh dan memotong-motong tubuh baginda seperti yang dikatakan oleh Abu Jahal dalam mesyuarat di gedung Darun Nadwah. Baginda menghadapi cubaan ini dengan hati yang terbuka dan keimanan yang teguh. Baginda yakin bahawa Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang benar. Tiada rasa takut walaupun sedikat dalam hati baginda. Baginda membuka pintu rumah dan keluar dengan tenang, baginda melihat seluruh pemuda yang ada di luar semuanya telah tertidur lena. 

Baginda tidak sedikitpun berniat jahat terhadap mereka, malah baginda hanya mengambil segenggam debu dan menaburkan kepada mereka. Doa yang dibaca oleh rasullulah saw ketika dikepung : 


Di keheningan malam itu, baginda selamat sampai ke rumah Abu Bakar untuk mengadakan penghijrahan keluar dari kota Makkah. Abu Bakar sangat senang hati dan bahagia melihat Rasulullah dalam keadaan aman dan damai. Telah lama menjadi impian Abu Bakar agar dapat meninggalkan kota Makkah dan menuju ke tempat yang lebih baik. Rasulullah dan Abu Bakar merencanakan untuk berhijrah pada malam itu. Abu Bakar mengira bahawa hijrah pada malam itu akan terus menuju kota Madinah sebagaimana perintah agar berhijrah sebelumnya. Namun setelah Rasulullah dan Abu Bakar sampai di perkampungan Kuda’i, Nabi Muhammad SAW mengubah rencananya tersebut dan akhirnya mereka mendaki gunung Tsur. Di atas gunung itulah terdapat gua yang diberi nama Gua Tsur. 

Petikan : 

Buku "Doa-Doa Pendinding"
Ustad Sharhan 
 
 
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info