Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

petua Atasi Kencing Tak Lawas

salam mesra dan selamat berkunjung ke blog ini.Alhamdullilah pada kali ini saya ingin kongsikan kepada anda petua simple mengatasi masalah kencing tak lawas.Sebelum itu apakah punca-punca kencing tak lawas?
ADA pelbagai punca menyebabkan masalah kencing tidak lawas dan kencing malam. jika anda masih muda, masalah yang anda hadapi bukan berpunca daripada pembesaran kelenjar prostat. Kerap kencing pada waktu malam atau nokturia berpunca daripada pengambilan air yang banyak sebelum tidur terutama minuman berkafein.Ini kerana kafein mempunyai kesan diuretik iaitu suatu kesan yang menghasilkan air kencing yang banyak. Ketika ini, cuba kurangkan pengambilan minuman terutama yang mengandungi kafein seperti kopi sebelum tidur.

Selain itu, masalah seperti penyakit kencing manis dan diabetes insipidus boleh menyebabkan seseorang kerap kencing waktu malam. Semua masalah ini boleh dihadapi oleh kita yang masih muda.Kencing yang tidak lawas boleh terjadi akibat jangkitan saluran kencing. Apabila ini berlaku, seseorang yang menghadapi masalah ini akan kerap ke tandas; merasa kencing tidak puas; tidak dapat menahan kencing; kencing terasa panas dan pedih; sakit pada bahagian ari-ari; kadang kala mengalami kencing berdarah serta demam.

Penyakit yang dikenali sebagai overactive bladder juga boleh menyerang golongan muda.Seseorang yang mengalami masalah ini akan merasa kencing tidak puas; kencing yang tidak habis; kerap berkunjung ke tandas hingga pada kadar lebih 10 kali sehari; tidak dapat menahan kencing dan kadang kala berlaku kebocoran kencing jika ditahan lama.


Tanda-tanda kencing tidak lawas akibat jangkitan saluran kencing:



  • Kerap ke tandas.
  • Kencing tidak puas.
  • Tidak dapat menahan kencing.
  • Kencing terasa panas dan pedih.
  • Sakit pada bahagian ari-ari.
  • Kadang kala alami kencing berdarah.
  • Demam.

    Tanda-tanda pundi kencing lebih aktif (overactive bladder):

  • Kencing tidak puas.
  • Kencing tidak habis.
  • Kerap berkunjung ke tandas hingga pada kadar lebih 10 kali sehari.
  • Tidak dapat menahan kencing.
  • Kadang kala berlaku kebocoran kencing jika ditahan lama
  •  
    artikel diatas adalah petikan dari akhbar tempatan.Namun jika anda mempunyai masalah diatas,jangan risau anda boleh mencuba petua yang mudah dan ringkas ini.Sebelum perkara ini berlaku kepada keluarga anda pastikan anda ingat petua ini.ambil sebiji nenas yang kurang masak,buangkan kulitnya,bersihkan dan ambilkan 2 potong nenaskisar bersama 2 gelas air setelah itu tapis.amalkan meminumnya 2 kali sehari anda akan lihat penyakit anda berkurangan.
     
    Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
    Template By Catatan Info