Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Risau Anak Gadis Diganggu Mat Afrika

Bapa Dakwa Anak Diganggu Lelaki Nigeria

PUCHONG – Seorang bapa mendakwa hatinya kini tidak tenteram apabila anak gadisnya yang berusia 14 tahun didakwa sering diganggu seorang lelaki warga Nigeria sejak seminggu lalu

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Eddy berkata, Ahad lalu lelaki warga asing berkenaan berkunjung ke gerai goreng pisang miliknya berdekatan sebuah kampung di sini.

Disebabkan fasih berbahasa Melayu, lelaki warga asing yang peramah itu memperkenalkan dirinya dan memberitahu dia mempunyai dua syarikat di negara ini.

Eddy berkata, lelaki warga asing itu turut memberitahu dia sudah menetap di negara ini sejak empat tahun lalu dan memberi kad nama yang tertera jawatannya sebagai pengarah urusan sebuah syarikat.

Menurutnya, lelaki menaiki kereta jenis Toyota Vios yang mempunyai plat tembaga tertulis Ahli Mahkota Pahang itu kemudian setiap hari berkunjung ke gerainya tetapi tidak membeli makanan dijual sebaliknya mengatakan dia meminati anaknya.

“Dia memanggil saya ‘ayah’ dan mendesak supaya membenarkannya berkahwin dengan anak saya.

“Lelaki itu turut memberitahu sanggup menunggu sehingga anak saya menamatkan sekolah menengahnya,” katanya.

Eddy berkata, yang menjadi kebimbangannya lelaki itu mengikutnya sehingga ke rumah dan berbuat tidak baik kepada anak gadisnya itu.Disebabkan takut anaknya dipengapakan, Eddy mendakwa dia terpaksa menunggu di gerai jualan itu meski ada beberapa orang lagi anaknya yang sudah dewasa di situ.
Katanya, ketika cuti sekolah anaknya membantunya berniaga goreng pisang untuk menambah pendapatan seharian.

Namun akibat ‘gangguan’ itu, Eddy berkata, dia kini rasa gusar apatah lagi apabila membaca berita berkenaan keldai dadah mempergunakan gadis negara ini yang didalangi warga asing dari negara tertentu.

Justeru, Eddy yang membuat laporan di Balai Polis Putra Heights, semalam meminta ibu bapa lain supaya berhati-hati sekiranya didatangi warga asing seperti itu – Sinar Harian
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info