Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Petua Untuk Kelihatan Jelita dan Tampan

Pilihan 1: Ambil sebiji putih telur, ¼ camca teh madu lebah segar, minyak zaitun 1/4 camca teh, sebiji limau nipis. Perah dan ambil airnya. Ambil 5 kuntum bunga melur sedang mekar dan 5 biji badam. Kupas kulitnya. Semua bahan ini dikisar halus dan ratakan pada muka selama 10 minit. Kemudian bilas. Amalkan seberapa kerap yang mampu.

Pilihan 2: Ambil beras 1/2 kilogram, 3 biji limau nipis dan ambil airnya. Beras dibasuh bersih dan toskan. Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Goreng kering tanpa minyak dengan api perlahan. Goreng sehingga hitam. Sejukkan dan kisar halus dan ayak. Bancuh dengan air tapisan secukup rasa (pekatan macam tepung untuk menggoreng pisang). Ratakan dengan jari perlahan-lahan sehingga kering dan kemudian bilas.

Pilihan 3: Ambil air kelapa muda setengah gelas kacau dengan sebiji telur ayam kampung dan minum pada waktu tengah hari. Amalkan 4 hingga 6 kali seminggu.-

sumber:fb/epetua


 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info