Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Gambar Majlis Perkahwinan Antara Katak

Majlis perkahwinan antara katak ini telah dilakukan sebagai satu percubaan bagi menyelesaikan kemelut "sumpah kemarau" yang telah melanda wilayah Assam selama beberapa bulan yang mengakibatkan kekurangan bekalan air. "Mengikut kepercayaan mereka, apabila sebuah perkahwinan antara katak dilakukan, Barun Devata (Dewa Hujan) akan menurunkan hujan" kata bekas kaunselor, Bijoy Das

Perkahwinan antara katak tersebut iaitu - katak jantan sebagai Barun (bermaksud angin) dan katak betina sebagai Bijali (bermaksud guruh) - telah disambut dengan penuh adat istiadat perkahwinan masyarakat Assam termasuk lagu-lagu serta hadiah yang dipersembahkan kepada "pengantin".

Pasangan "pengantin" tersebut telah dijamu dengan hidangan istimewa iaitu lalat dan nyamuk. Selepas upacara perkahwinan selesai, pasangan "pengantin" tersebut akan dilepaskan di sungai yang berhampiran sebagai proses "berbulan madu".

Seorang jurucakap tempatan berkata, "Majlis perkahwinan tersebut telah berlangsung dengan sempurna. Kami harap hujan akan turun tidak lama lagi. Wilayah ini sudah terlalu terdesak dan kami sangat-sangat perlukan hujan. Sudah tiada cara lain lagi".



 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info