Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Kisah Ikhtibar Apabila Kebaikan Disalah Ertikan

Petaling Jaya: Seorang lelaki menggunakan helah untuk membuang air besar di rumah rakan wanitanya di sebuah flat di Sungai Way, di sini, sebelum bertindak seperti binatang apabila merogol mangsa dalam kejadian Ahad lalu.Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa berusia 23 tahun yang juga pengawal keselamatan dihubungi lelaki terbabit memaklumkan dia mahu bertandang ke rumah wanita berkenaan.


Menurut sumber, mangsa dan suspek bertemu di luar rumah dan kedua-duanya bersembang sebelum lelaki terbabit tiba-tiba mengadu sakit perut dan hendak menumpang tandas bagi melepaskan hajat.

“Wanita itu membenarkan suspek masuk rumah untuk menggunakan tandas. Pada masa sama, mangsa dihubungi tunangnya menerusi panggilan video 3G.
“Mangsa kemudian masuk ke bilik tidur untuk bercakap dengan tunangnya dan tidak mengunci pintu bilik itu,” katanya.

Katanya, ketika mangsa berbual dengan tunangnya, tanpa disedari suspek masuk dalam bilik dan menyerang mangsa.
“Mangsa mendakwa suspek membuka pintu bilik dan walaupun mangsa menegah suspek supaya jangan masuk, tetapi tidak dihiraukan.

“Lelaki terbabit mengunci pintu bilik dan menghampiri mangsa. Mangsa cuba menolak suspek, tetapi dia ditampar, manakala rambutnya ditarik,” katanya.

Sumber berkata, lelaki terbabit mencabul bahagian dada mangsa dan mengarahkan wanita itu supaya melucutkan pakaian.“Mangsa yang enggan menurut kehendak suspek ditolak sehingga rebah di atas katil sebelum dipaksa melakukan seks oral.

“Lelaki terbabit kemudian membogelkan mangsa dan merogolnya. Selesai melampiaskan nafsu, lelaki itu beredar dan mengugut mencederakan mangsa sekiranya memaklumkan kejadian itu kepada orang lain,” katanya.

Katanya, mangsa yang mengadu sakit pada kemaluannya kemudian membuat laporan di Balai Polis Sungai Way, semalam, untuk tindakan lanjut.


kepada wanita jadikan kisah ini sebagai peringatan terutamanya yang mempunyai suami jangan benarkan sesiapa masuk ke dalam rumah walaupun ia kenalan anda.Beringat sebelum terkena zaman sekarang kebanyakannya ingin mengambil kesempatan
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info