Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Kisah Sedih Pemergian Anak Tercinta

Semalamkan lin pergi checkup. Lepas balik PPUKM, lin pergi klinik untuk checkup 1 lagi. Lepas siap doctor scan baby, bagitahu condition semua, doctor pun bercerita tetang peristiwa semalam kat klinik dia.


"Ada patient datang, berlari2 macam kena sawan. Saya suruh staff saya prepare bilik sebelah sebab saya nak masukkan ubat/bagi ubat. (terlupa ayat tu). Tapi, bila saya sampai, baby tu da biru."

lin blur??? budak tu sakit apa sampai biru???

"Kaki, tangan, kuku semua da biru, Then, orang yang bawa tu cakap..."

"doctor, buat la sesuatu, bagi baby ni sedar balik... tolong la....
Maaf, saya memang tak boleh buat apa2. Sebab dia dah lama mati. Bukan baru lagi. Ni semua 1 badan da biru..."

Zasss... tertampar bila dengar perkataan BABY & MATI.

"Menurut pembantu taska tu, pukul 12 tgh hari, dia bagi baby tu susu. Lepas tu, turun bawah. Pukul 1 ptg naik, baby tu da tertiarap. Tak bergerak. Baby tu baru umur 4 bulan. "

Apa???? 1 jam tinggal kan baby??? berak keras ker pembantu tu?? Tak tepuk lepas bagi susu ker??? tersedak susu ker??? Ya Allah... meleleh air mata lin masa tu.

"Saya tak boleh sah kan kematian baby tu. Saya suruh dia bawa pergi hospital. Tak lama lepas tu, owner taska datang. Dia pun suruh saya buat something. Saya tetap cakap tak boleh. Kemudian, dia minta tolong tinggalkan mayat baby tu kat sini. (klinik) Saya faham situasi owner taska tu, mungkin tak nak parent lain tahu ada kematian kat taska dia. "

"Kemudian, owner call parent. "

Bayangkan, da berjam budak tu mati, baru nak call parent... Ya Allah, besar dugaan mak bapak dia.

"Bila mak bapak dia datang, mak dia meraung2... peluk je baby tu.. sambil cakap "bangun la dik... bangun la... tak sayang mama ker???...mama bagi susu nak tak??? bangun la... "

hati ibu mana tak tersentuh bila dengar cerita ni. Serius, menangis2 lin depan doctor.

"Saya tenangkan ibu tu, kita kena redho. Kalau kita tak redho, nanti kita tak dapat syafaat dan kebaikan dari anak yang masuk syurga tu. Allah nak uji kita. Bukan da 4-5 bulan baru nak redha. Masa tu da xde da syafaat tu.... (klu tak salah lin, itu la yang doctor cakap) "

Mungkin lepas tu, ibu bby tu semakin tenang.

"Kemudian ayah baby pulak, marah2 doctor. Kenapa tak buat something. CPR ker? apa2 yang patut.

Saya kata, masa baby datang sini, dia memang da tak ada. Sya pun tak boleh buat apa2. Kalau saya buat bukan, nanti saya akan di persoalkan. Ayah baby tu terdiam. "

Kemudian, mereka pergi hospital untuk dapat kan pengesahan kematian.

Bayangkan, dalam keadaan kita sibuk bekerja, tetiba dapat panggilan yang menyatakan anak kita berusia 4 bulan da meninggal. Apa lagi kalau anak tu adalah anak sulong. Ya Allah... 

 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info