Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Wan Sharmila Bersyukur Adegan Panas Dalam Filem Bisikan Syaitan Dipotong

Adegan Panas Dipotong: Tuhan Sayangkan Saya - Jarang-jarang sekali kita mendengar cerita kontroversi yang mengaitkan pelakon Wan Sharmila.Kalau ada pun mungkin isu pakaian seksi yang pernah digayakannya suatu ketika dulu.Menerusi filem terbaru lakonannya, Bisikan Syaitan, Wan Sharmila atau lebih mesra dipanggil Lala ini mengakui sedikit risau dan merasakan dirinya mungkin dihambat kontroversi berikutan aksinya bersama pasangan pelakon, Fizz Fairuz melakonkan babak berpelukan di atas katil.

Walau bagaimanapun, kini dia boleh menarik nafas lega selepas Lembaga Penapisan Filem (LPF) telah membuang sebahagian daripada adegan panas itu.“Perkataan pertama yang keluar dari mulut saya, “Tuhan sayang saya… agaknyer kot”. Sebab biasalah, bila keluar babak-babak sebegitu, pasti akan ada kontroversi. Sikit sebanyak adegan tu jadi bualan orang nanti. Itu yang saya tak mahu.

“Tak payah orang lain nak fikir buruk, atau sewenang-wenangnya memberi anggapan negatif nanti,” katanya memetik laporan Malaysian Digest.Filem Bisikan Syaitan yang turut dibintangi Nabila Huda akan memulakan tayangannya di seluruh Malaysia mulai esok. – MyNewsHub



 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info