Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Sasterawan rogol pelajar universiti hingga hamil

Jakarta: Pemimpin Front Pembela Islam (FPI) semalam mendesak penulis dan budayawan Sitok Srengenge dikenakan hukuman rejam sehingga mati kerana merogol seorang mahasiswa.

Habib Rizieq Shihab berkata budayawan Salihara itu perlu direjam kerana sudah berkeluarga dan menodai mangsa sehingga menyebabkan wanita terbabit hamil.

“Jika dia muhsan (lelaki yang berkahwin dengan nikah sah dan terpelihara daripada zina), maka hukumnya adalah direjam sampai mati,” katanya.

Sitok - atau nama sebenarnya Sitok Sunarto - didakwa merogol mahasiswa sehingga hamil tujuh bulan.

Pada awalnya Sitok cuma didakwa melakukan hubungan sulit dengan wanita terbabit tetapi ia kemudian bertukar menjadi kes rogol beberapa hari lalu.

Habib Rizieq berkata, kumpulan Salihara adalah “masyarakat liberal yang menghalalkan zina” termasuk hubungan seks luar tabii.

Sementara itu, penulis Jerman Dr Katrin Bandel turut tampil mengulas isu itu.

Katanya, dia tidak tahu sepenuhnya fakta kes Sitok dengan mahasiswa itu tetapi menyedari beberapa perkara yang dianggap pelik terutama maklum balas dan komen diberi di laman sembang sosial serta portal berita.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info