Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Gara-gara Takut Bini Suami Campak Teman Wanita Melalui Tingkap

gambar hiasan

Rabat: Kerana terlalu takutkan isteri, seorang lelaki sanggup mencampakkan kekasihnya keluar dari tingkap apartmennya.Lelaki itu yang tinggal di tingkat satu apartmen berkenaan lebih rela mencampak teman wanita berusia 17 tahun itu kerana terlalu takut apabila isterinya pulang secara mengejut.
 

“Dia terus mengangkat gadis itu, berlari ke arah tingkap dan mencampaknya ke luar,” kata pegawai polis.Lelaki itu baru membawa remaja berkenaan ke rumahnya namun terkejut apabila isterinya mengetuk pintu.Menurut polis, mangsa parah akibat terhumban ke dinding dan dikejarkan ke hospital.
 

Menurut laporan akhbar, lelaki itu ditahan kerana mendatangkan bahaya kepada mangsa, namun tidak menceritakan reaksi si isteri terhadap kejadian itu. - Agensi









 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info