Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Tips Untuk Mereka Yang Baru Kahwin Dari Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

As salamu'alaikum shbt tersyg. Musim perkahwinan sdg rancak berlangsung. Selamat Pengantin Baru kpd yg baru kahwin & yg akan langsungkan perkahwinan tak lama lagi. Antara tips utk mrk yg baru kahwin:

1. Mengenal diri yang baru-- jgn bertindak mcm org yg masih bujang. Pasangan akan kecewa & stress.

2.Mengenal pasangan-- perangai SEBENAR pasangan akan terserlah bila dah kahwin. Belajar utk menerima dia seadanya.

3. Mencari keserasian dgn pasangan. Allah temukan anda utk lengkap melengkapkan, imbang mengimbangi, didik mendidik.

4.Mengimbangi antara rumahtangga dan kerjaya-- kecemerlangan di tmpt kerja bermula di rumah. Bahagiakan rtangga utk cemerlang dlm kerjaya.

5.Memahami & rapatkan hub dgn Mertua dan ipar duai

6. Belajar kaedah menangani konflik dlm rtangga. Minta nasihat pakar atau org tua.

7. Belajar utk menegur pasangan secara hikmah. Jika tak tegur sejak awal, amat sukar nak tegur di kemudian hari. Sentiasa carai masa & tempat yg sesuai, baca doa pelembut hati, puji dulu sblm menegur. In sya Allah dpt di terima pasangan dgn hati terbuka.

8. Menjadi pelengkap (synergy)-- bantu pasangan utk serlahkan kehebatan dirinya.

9.Belajar memainkan berbagai peranan-- sbg pasangan, kawan, kekasih, pemimpin, pengikut, penasihat, pemujuk, pendorong, pendengar yg setia & pembela setiap masa.

10. Bentuk undang2 & peraturan dlm rtangga agar tak ulang kesalahan & tak perlu di tegur selalu.

11. Jaga ibadah dgn sempurna & sentiasa doa mendoakan.

12. Bentuk rutin2 romantik agar rtangga sentiasa ceria & syg takkan sirna.

13. Belajar utk tolak ansur & kawal EGO DIRI. Jika pasangan marah, yg sorang lagi WAJIB SENYAP. In sya Allah takkan gaduh. Mana boleh gaduh sorang2, kecuali gila!!!!

14. Berterusan belajar utk cari ilmu ttg rumahtangga.

15. Cari mentor atau penasihat yg dpt di rujuk bila perlu.

Moga Allah rahmati & bahagiakan rumahtangga kita. Aameen, wassalam.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info