Ikan Patin yang dibeli dari Pasar Raya terkemuka negara, bila di potong kelihatan jelas ada bulu seakan bulu BABI didalam badan ikan tersebut.
Pendakwah, Haji Ann Wan Seng pernah bagi tahu yang pengusaha bukan Islam biasanya akan memberi ikan patin makan PERUT BABI dan bahan-bahan sewaktu dengannya, supaya ikan cepat membesar dan boleh cepat ke jualan, tambahan kos makanan yang sebegini adalah jauh lebih murah.
P/S: Aku pun ada cerita berkenaan ikan Patin yang dibela oleh orang bukan Islam nie, kawan baik aku penyelidik Sains di Universiti Malaysia Terengganu duk buat penyelidikan pasal ikan air tawar, lepas tu dia pergilah ke Pahang untuk membuat penyelidikan. hasil dari penyelidikan dan pemerhatian member aku tu memang kebanyakan pengusaha ikan patin menggunakan usus babi yang direbus kemudian dimasukkan di dalam mesin pengisar, kemudian di beri makan kepada ikan Patin dan pembesaran dia ambil masa sebulan berbanding dengan makanan lain.
Sejak dari peristiwa itu, member aku cakap memang dia x sentuh ikan patin lagi laa,,hehe
Apa pun dalam Islam kita janganlah selidik macam tu sekali, dah halal makan jea laa yang lain serah pada Allah, teringat aku pasal kes penanaman betik di Johor yang menggunakan taik babi sebagai baja, aku adalah tanya Ustaz x pe makan kerana dia tidak lah mengubah rupa bentuk betik. Wallahualam..