Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Anak nafi bapa rogol

Jakarta: Anak penulis dan budayawan Sitok Srengeng, Laire Siwi Mentari bersuara untuk mengulas mengenai kes rogol yang dihadapi ayahnya itu.

Dalam surat terbukanya, Laire menyatakan rasa kecewa dengan pelbagai reaksi diterimanya termasuk daripada teman rapat berhubung kejadian itu.

“Tidak semua berita di media itu benar, malah banyak yang dibesar-besarkan. “Tuduhan yang dilemparkan terhadap ayah saya tidak benar.

“Walaupun memang dia dan wanita digelar RW berkenaan mempunyai hubungan, tiada langsung unsur paksaan.

“Malah, berkali-kali ayah cuba menemui keluarganya untuk bertanggungjawab atas perbuatannya, namun tidak diendahkan sebaliknya ayah dituduh pula merogol wanita itu,” katanya, semalam.

Baca juga: Sasterawan perkosa pelajar universiti hingga hamil

“Semua orang berhak kecewa dan marah terhadapnya, lebih-lebih lagi saya sebagai anaknya.

“Namun kemarahan itu tidak akan mengubah keadaan,” katanya dalam blog peribadinya.

Dalam surat terbuka itu, Laire menggesa semua pihak memikirkan keadaan RW yang dikatakan mengalami kemurungan selain anak yang bakal dilahirkan wanita berkenaan. - Agensi
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info