Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Gadis Jadi Mangsa R*gol kekasih ibu


Selamat datang ke blog berita harian online.Semoga dengan perkongsian cerita ini dapat menjadi ikhtibar kepada pembaca khasnya ibu tunggal yang mempunyai anak dara.

BALIK PULAU . – Perbuatan terkutuk seorang lelaki terhadap seorang remaja bawah umur sejak setahun lalu terbongkar selepas gadis itu membuat laporan polis kelmarin.Remaja perempuan berusia 14 tahun itu dirogol teman lelaki ibunya sejak setahun lalu.Perbuatan itu dilakukan oleh lelaki berusia 46 tahun berkenaan setiap kali ibu remaja itu keluar bekerja.

Pelajar tersebut yang menuntut di tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di sini hanya mampu mendiamkan diri setiap kali selepas dirogol kerana diugut akan dipukul jika memberitahu ibunya atau membuat laporan polis.

Namun, rahsia tindakan keji lelaki itu terbongkar apabila mangsa bertindak nekad melarikan diri ke rumah rakannya di Seberang Perai.Mangsa kemudian tampil bersama rakannya membuat laporan di balai polis berhampiran sebelum dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Hatta Md. Zain ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

info ini mungkin agak lama namun yang penting ianya perlu dijadikan iktibar kepada para-para ibu diluar sana supay lebih berhati-hati dengan lelaki spesis buaya tembaga ini jangan asyik leka bercinta anak sendiri turut jadi nafsu serakah kekasih
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info