Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Wanita Mengalami Kegatalan Payu-dara Yang Melampau


Saya baru keguguran pada 14 April 2013 yang lalu. Usia kandungan saya ketika itu 11 minggu. Masalahnya, kini saya mengalami kegatalan di bahagian payudara yang berwarna coklat. Akibat kegatalan yang melampau saya menggaru sehingga payudara saya luka.

Adakah kegatalan ini suatu simptom biasa keguguran atau ada masalah lain? Apakah cara terbaik yang perlu saya lakukan? Diharap doktor dapat membantu saya.


Khairun,
Kuala Lumpur


Bahagian berwarna di keliling puting payudara yang anda maksudkan dinamakan areola. Sewaktu kehamilan, wanita boleh mengalami perubahan areola seperti anda. Ini boleh berlanjutan selepas keguguran.


Kemungkinan ini berpunca daripada saiz payudara yang semakin membesar dan kulitnya pula semakin menegang sehingga menyebabkan kegatalan. Anda boleh menyapu krim pelembap dan mengelakkan penggunaan sabun pada kawasan terbabit kerana ia boleh menyebabkan kulit areola menjadi semakin kering dan semakin gatal.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info