Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Gempar!!! Jaafar Onn Terima Kek Kemaluan Lelaki

APALAH salah Jaafar Onn sehingga dia diberikan kek yang dihiasi dengan imej kemaluan lelaki.Jaafar sangat terkejut dan sedih apabila melihat kek itu. Andai kata si pengirim mahu bergurau pun, bukan itu caranya dan Jaafar pun bukan muda lagi untuk menerima gurauan seperti itu. Ada banyak cara lain kalau nak bergurau pun.

Ketika Jaafar berada di Segamat, Johor menjayakan Karnival Sihat anjuran Kementerian Kesihatan dan kek itu dikirim di tapak karnival itu. Terus Jaafar meluahkan rasa kesal dan sedihnya dalam facebook dan siap dia ‘upload’ gambar kek itu.

kek yang diterima Jaafar Onn

Agak ‘geli’ melihat kek itu, apatah lagi Jaafar yang menerimanya. Jaafar membuang kek itu kerana kalau dimakan nanti entah apa pula jadi padanya. Harap Jaafar bersabarlah kerana ramai lagi yang sayangkan Jaafar yang dikenali dengan sifat pemurahnya kepada sesiapa saja.

Tak perlulah kita menyumpah seranah si pengirim itu kerana Allah SWT lebih tahu balasan yang patut diterimanya. Menjatuhkan maruah orang, hukumnya haram jadi kepada si pengirim bawalah bertaubat. Jangan selepas ini dijadikan hobi mengirim hadiah lucah kepada sesiapa yang dia suka.

Pernah juga dengar kejadian yang berlaku di sebuah negeri yang mana kalau anak gadis mereka dipermainkan oleh lelaki, nescaya esok pagi lelaki itu terasa yang kemaluannya ‘tumbuh’ di dahi. Boleh jadi gila dibuatnya. Maka berhati-hatilah, kalau sakit hati macam mana pun, mengadu saja kepada Allah SWT.

sumber: selangor2u
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info