Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Tips Menghentikan Tabiat Onani Untuk Lelaki

Melakukan onani tabiat biasa bagi lelaki. Malah, ramai antara anda terbiasa dan sukar menghentikan tabiat itu.Lagipun, semestinya sukar berhenti daripada perkara yang memberi keseronokan. Individu yang terperangkap dengan onani akan mendapati tidak mudah menghindari perbuatan itu.

Perasaan resah atau gelisah apabila tidak melakukan onani dikenali simptom ‘withdrawal’ yang membuatkan seseorang sukar memberhentikannya.


Jika mempunyai simptom itu, anda boleh dikatakan ketagih onani. Untuk mengelakkannya, anda perlu mengunci minda dan perlu sentiasa beranggapan onani tidak memberi kebaikan kecuali keletihan, kelesuan, berasingan dan berseorangan kerana mencari masa untuk melakukannya.

Simptom keradangan kulit zakar juga kerap berlaku kepada individu yang kerap beronani, antaranya kegatalan dan kemerahan di sekitar pergelangan zakar.


Ia sebahagian daripada kesan buruk amalan onani. Jika menggunakan sabun untuk beronani, kulit zakar akan menjadi kering dan gelap. Jika menggunakan tangan tanpa krim pelembap, kulit zakar akan kesat, kasar dan kelihatan gelap.

Jika menggunakan minyak, mungkin bahan dalam minyak memberi alahan kepada kulit. Jika merangsang diri dengan menonton cerita lucah, tentu anda akan ketagih filem porno pula.

Ini memberatkan lagi usaha berhenti melakukan onani. Anda perlu berfikir panjang. Jika ketagih onani, anda akan mendapati anda tidak dapat mengelakkannya walaupun selepas berkahwin.

Malah, anda mungkin melebihkan perbuatan itu kerana lebih selesa daripada berdampingan dengan isteri.

Saranan saya kepada lelaki yang masih mengamalkan onani, berhentilah segera. Lebih cepat anda hentikannya, lebih cepat kehidupan anda menjadi lebih cerah.Jika amalan onani itu memberi kesan kepada zakar seperti keradangan kulit, anda perlu berjumpa doktor dan jalani pemeriksaan.


Ia mungkin kesan amalan onani, alahan kepada minyak atau krim atau apa-apa yang anda gunakan untuk melakukan onani atau anda mempunyai masalah penyakit kulit.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info