Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Teman Lelaki Larikan Diri Setelah Nani Melahirkan Anak

gambar hiasan
Segamat: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dari Jalan Labis di sini, dikenali sebagai Nani risau mengenangkan nasib diri selepas teman lelakinya menghilangkan diri selepas dia melahirkan anak lelaki hasil hubungan mereka sejak dua bulan lalu.

“Saya berusaha menghubunginya, tetapi gagal sedangkan sebelum ini dia berjanji akan bertanggungjawab menjaga saya selepas melahirkan anak,” katanya, semalam.

Mengimbau kembali, ia bermula pada Disember 2011 apabila teman lelakinya dikenali sebagai Hamdan, 35, yang bekerja sendiri datang ke rumahnya dan mengajaknya keluar.Menurutnya, Hamdan membawanya bersiar-siar sebelum dia dibawa ke sebuah kebun getah sebelum mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks.

“Saya terpaksa melayan kehendak Hamdan hingga disahkan hamil lima bulan pada Disember 2012,” katanya yang turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat pada 10 Jun lalu Katanya, dia menumpang di rumah pasangan itu hingga melahirkan anak sebelum menyerahkan anak berkenaan untuk dipelihara keluarga terbabit.

Nani berkata, sepanjang menumpang di rumah berkenaan, teman lelakinya tidak pernah datang menjenguk, malah telefon bimbitnya sukar dihubungi.

“Pada 24 Mei lalu, saya kembali ke rumah keluarga dan berusaha mengesan Hamdan tetapi gagal. Bimbang dan kesal apabila teman lelaki enggan bertanggungjawab, saya melaporkan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat pada 10 Jun lalu,” katanya.

Menurutnya, keluarganya tidak tahu dia melahirkan anak tidak sah taraf dan hanya memaklumkan keluar bekerja di Klang sepanjang tempoh berkenaan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan menerima laporan berkaitan kes berkenaan.

kisah ini sesuai kepada mereka-mereka yang asyik bercinta ingat berlajak perahu boleh diundur terlajak buat projek boleh hamil jadi renungkanlah beringat sebelum terkena.











 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info