Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Bekas Kekasih Preity Zinta Diugut Bunuh Oleh Geng Kongsi Gelap

Pelakon ini mencetuskan kontroversi sehingga membawa kepada kes mahkamah antara Preity Zinta dan kekasihnya Ness Wadia.Pergaduhan pasangan kekasih ini mendapat liputan meluas di media India dan peminat bollywood.

Preity Zinta telah mendakwa yang dia dicabuI, didera dan sering menerima ugutan daripada bekas kekasihnya, Ness Wadia.Kes dan kisah Priety Zinta mendapat perhatian kumpulan kongsi gelap yang begitu prihatin dengan nasib Preity Zinta. Dikatakan ketua kongsi gelap itu meminati dan jatuh cinta dengan Priety Zinta.

 Bapa Ness, Nusli Wadia telah membuat laporan polis yang mendakwa dia telah mendapat ugutan bunuh daripada pihak kongsi gelap berikutan kes melibatkan anaknya itu.Sumber dari media India keluarga Ness dan Nusli Wadia menerima kira-kira empat lagi panggilan telefon berbaur ugutan untuk mencederakannya.

Panggilan itu didakwa dari pihak kongsi gelap meminta supaya keluarga mereka tidak memalukan pelakon, Preity Zinta.Pihak polis terpaksa menempatkan anggota mereka untuk berkawal di rumah keluarGA bekas kekasih Priety Zinta itu sebagai langkah berjaga-jaga.


sumber : utaranews.com
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info