Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Ketua Kampung Bangang Arah Pesalah Perk@sa Budak Perempuan Berusia 10 Tahun

Ranchi, India: Seorang ketua kampung mengarahkan seorang budak perempuan dirogol sebagai hukuman terhadap bapa mangsa membelasah jiran mereka yang cuba mencabul serta menceroboh rumah mereka.

Media semalam melaporkan, bapa mangsa terkejut apabila seorang lelaki mabuk masuk ke rumah mereka pada tengah malam kelmarin untuk mencabul isterinya.

Untuk menyelamatkan keadaan, bapa mangsa membelasah jirannya itu, menyebabkan dia terpaksa melarikan diri.Jurucakap polis berkata, keesokan harinya lelaki terbabit mengadu kepada ketua kampung di sebuah kawasan petempatan di daerah Bokara di negeri Jharkhand.

Kata jurucakap polis itu, sebagai balasan kerana dibelasah, ketua kampung terbabit membenarkan anak perempuan lelaki itu dirogol.

“Kebenaran itu diberi kononnya sebagai hukuman terhadap bapa mangsa yang bertindak ganas,” katanya. Suspek kemudian mengheret budak perempuan berusia 10 tahun itu dari rumahnya ke belukar berhampiran untuk diperkosa.

Saksi berkata, kejadian itu disaksikan ibu mangsa. Budak perempuan itu kemudian ditemui ibunya dalam keadaan berlumuran darah kira-kira sejam kemudian.

Jurucakap polis berkata, penduduk kampung tidak campur tangan atau cuba menyelamatkan budak terbabit kerana bimbang mereka pula menjadi sasaran serangan. “Polis kemudian dimaklumkan mengenai insiden itu dan ketua kampung berkenaan ditangkap,” katanya. Kejadian itu adalah serangan seksual melampau terbaru di India - negara yang mencatatkan kes seumpama sekali setiap 22 minit.

Biro Rekod Jenayah Kebangsaan menyatakan sebanyak 24,923 kes rogol berlaku di seluruh India pada 2012, namun aktivis hak wanita mendakwa realiti di negara itu jauh lebih menggerunkan.- Agensi
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info