Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Akibat Percayakan Bomoh

Gara-gara ingin mendapatkan zuriat, seorang kerani sebuah syarikat swasta yang menjalani rawatan tradisional dicabul seorang bomoh, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, mangsa berusia 31 tahun itu dipercayai dicabul suspek kira-kira jam 6.15 petang di dalam bilik air rumah mangsa di Muadzam Shah.

Menurutnya, suspek berusia 62 tahun dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu ketika sedang memandikan mangsa, kononnya sebagai rawatan pemulihan.

“Semasa memandikan mangsa, suspek memeluk, meraba dan mencium mangsa sebanyak dua kali,” katanya.

Bagaimanapun Johari berkata, wanita terbabit tidak berani melawan kerana menganggap ia sebagai prosedur yang perlu dijalaninya bagi mendapatkan rawatan tersebut.

“Mangsa yang berasa curiga kemudiannya mengadu kepada suaminya yang dia dicabul bomoh tersebut dan setelah berbincang mereka memutuskan untuk membuat laporan polis,” katanya.

Johari berkata, mangsa dan suaminya itu membuat laporan di Balai Polis Muadzam Shah pada jam 2.30 petang, Rabu lalu.

Beliau berkata, polis kini menahan reman suspek dan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info