ISTERI saya baru melahirkan anak pertama yang kini berusia dua bulan lebih. Masalahnya, sejak melahirkan anak, faraj isteri saya terus kering yang menyukarkan hubungan kami kerana dia berasa sangat pedih meskipun menggunakan krim.
Dia tidak mengalami keputihan dan kadangkala farajnya berbau. Untuk pengetahuan doktor, isteri saya bersalin secara pembedahan manakala kesan pembedahan itu ada kalanya bernanah dan sedikit berdarah. Harap doktor dapat membantu.
SHAM
Port Dickson, Negeri Sembilan
Port Dickson, Negeri Sembilan
BAGI wanita, terdapat cecair pelincir yang dihasilkan oleh sepasang kelenjar Bartholin yang terdapat pada bahagian dalam dan berhampiran pintu masuk faraj. Cecair ini penting dan hanya dihasilkan sekiranya wanita mengalami rangsangan seksual. Sekiranya wanita terbabit tidak terangsang, cecair pelincir ini tidak dihasilkan dan pasangan merasa kering serta tidak selesa untuk melakukan seks penetratif.
Anda tidak menyatakan mengapa isteri anda terpaksa bersalin secara pembedahan. Kadangkala, trauma pengalaman proses bersalin, lebih-lebih lagi sekiranya bermasalah, sedikit-sebanyak mempengaruhi emosi seseorang ibu untuk hamil lagi (kerana belum bersedia untuk menempuh trauma bersalin seperti dulu).
Faraj berbau mungkin petanda jangkitan kuman. Jangkitan kuman lazimnya mendatangkan lelehan, sama ada berwarna keputihan, kehijauan malah boleh juga jernih tetapi berbuih. Jangkitan kuman pada dinding faraj boleh membentuk peradangan pada tisu faraj dan menyebabkan kepedihan (akibat luka seperti melecet). Kepedihan atau kesakitan ini akan turut memberi kesan tambahan kepada mood dirinya dan tiada cecair pelincir yang dihasilkan oleh kelenjar Bartholinnya.
Anda boleh membawa isteri mendapatkan pemeriksaan doktor lebih-lebih lagi luka pada kulitnya masih mengeluarkan nanah atau darah walaupun setelah lebih dua bulan bersalin. Bagaimanapun, jangkitan pada parut kulit tidak semestinya bermakna rahimnya turut mengalami jangkitan sehingga membabitkan bau dari faraj. Pada masa sama, isteri harus belajar “melupakan” trauma bersalin lalu.
Kebimbangannya terhadap kemungkinan hamil lagi dalam masa terdekat boleh dibuang sekiranya dia menggunakan kaedah pencegah kehamilan yang berkesan. Tambahan pula, bagi wanita yang baru saja menjalani pembedahan Caesarean, dinasihatkan untuk menjarakkan kehamilan bagi satu tempoh seperti yang diberitahu oleh doktor masing-masing. Kebanyakan doktor menyarankan jarak satu setengah sehingga dua tahun.
Kebimbangannya terhadap kemungkinan hamil lagi dalam masa terdekat boleh dibuang sekiranya dia menggunakan kaedah pencegah kehamilan yang berkesan. Tambahan pula, bagi wanita yang baru saja menjalani pembedahan Caesarean, dinasihatkan untuk menjarakkan kehamilan bagi satu tempoh seperti yang diberitahu oleh doktor masing-masing. Kebanyakan doktor menyarankan jarak satu setengah sehingga dua tahun.