Saya berusia 43 tahun dan masih bujang kerana belum bertemu jodoh. Sejak remaja hingga dewasa, saya aktif melakukan onani, kadangkala lima hingga enam kali sehari.Kini saya terasa sakit di bahagian ‘vas deferen’ sebelah kiri selepas mengambil Bio Zink sebagai makanan tambahan. Saya juga kini kurang mendapat regangan di waktu pagi.Apakah puncanya dan adakah makanan tambahan ini mempunyai kesan sampingan kepada tahap kesuburan saya?
LAN
Petaling Jaya
LAN
Petaling Jaya
Anda semakin berumur tetapi belum bergelar suami kerana tidak bertemu jodoh.
Lagi cepat lagi baik kerana jangka pelupusan sesetengah sistem tubuh badan anda menunjukkan kebarangkalian ia akan sampai tarikh luput.
Sistem syahwat dan reproduktif yang mula bersemarak pada awal belasan tahun boleh membuatkan anda melakukan onani sehingga beberapa kali sehari.Kini anda kurang aktif. Sistem dan bahagian anggota kelamin yang satu ketika dulu segar dan rancak kini mula ‘meragam’, tiada ereksi pagi dan sugul.
Sama juga dengan bahagian anggota kelamin yang menghasilkan air mani seperti pundi seminal, kini mula terasa sakit.Pundi seminal lelaki sihat menghasilkan 50 hingga 60 peratus jumlah isi padu air mani. Pundi prostat yang menghasilkan 30 hingga 35 peratus air mani juga mula kurang aktif pada umur lanjut.
Kandungan zink dalam pundi prostat tinggi dan mustahak untuk penghasilan sperma aktif dan normal. Anda nyatakan mengambil tambahan untuk kesihatan.Ia sekadar makanan tambahan dan bukan keperluan. Ia bukan rawatan atau ubatan yang perlu mendapat pengesahan doktor. Jarang pula makanan tambahan memberi kesan sampingan.
Bagaimanapun, pengambilan itu tidak digalakkan jika amalan gaya hidup sihat tidak dipraktikkan. Anda kini was-was mengenai pengambilan makanan tambahan itu. Anda sepatutnya merujuk doktor jika ada keraguan kesihatan, lebih-lebih lagi jika terasa sakit.
Elok berjumpa doktor untuk pemeriksaan bagi mengetahui tahap kesihatan dan mengesan masalah anda pada peringkat awal.