Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Kisah Sebelum Aku Jadi Isteri

Assalamulaikum dan salam sejahtera, Terima Kasih sudi berkunjung ke blog.Semasa admin berjalan-jalan mencari info ke blog rakan-rakan admin telah singgah ke blog blogger wanita disana admin tertarik dengan kisah hidupnya yang patut admin kongsikan dengan pembaca disebalik kisahnya itu terdapat nasihat yang perlu kita ambil terutama untuk mereka bakal bergelar suami isteri.. jadi ikutilah kisahnya
 
Hari ini dah hampir 6 bulan lebih aku menjadi seorang isteri. Rasa kelakar pula bila imbas semula masa mula-mula nak nikah dulu.Bila kata nak kahwin, macam senang je didengarkan, tapi proses sedikit sebanyak memerlukan kesabaran. Pengalamanku sebelum bernikah ingin kukongsikan bersama rakan pembaca. Aku fikir aku takkan nervous sgt, tapi sebaliknya.
Dua hari sebelum nikah, kami ada pergaduhan yang besar yang membuatkan kami hampir tak jadi nak nikah. Tapi inilah dugaan yang perlu kita hadapi sebelum mendirikan rumahtangga. Syaitan akan menggoda kita untuk tidak membina masjid kebahagiaan. Nasib baik kami masih berfikir secara wajar dan berfikir ini hanyalah godaan syaitan. Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti biasa.

Pagi sebelum majlis pernikahan, aku sangatlah berdebar-debar. Aku rasa hampir 10 kali aku ke tandas sebab i felt so nervous..hehe. Tangan dah seram sejuk dah.Paling lucu, masa nikah, aku fikir aku jak yang nervous, rupanya suami aku pun lagi nervous. Sampai masa akad nikah, mas kahwin yang sepatutnya satu ratus ringgit (RM100) disebut satu ringgit, tertinggal perkataan ratus. Semua orang gelak di majlis tu. Hehe.. Lafaz kedua, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Majlis Akad Nikah
4hb Julai 2012, Hari aku bergelar sebagai seorang isteri. Status dari Bujang bertukar menjadi Berkahwin. Hidup ini ingin dikongsi bersama orang yang disayangi. Semoga kebahagian kekal hingga ke alam barzakh. Amin

Tips: Buat rakan pembaca yang lain, kalau ada sebarang dugaan sebelum bernikah, kita kena bersabar sebab itu semua godaan dari syaitan. Bersabar dan banyak berdoa agar majlis sentiasa berjalan dengan lancar. Tapi yakinlah, kalau si Dia memang jodoh kita, semuanya akan berjalan dengan baik.-blogger wanita
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info