Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Saya Cintakan Suami Orang

Saya berkenalan dengan seorang lelaki yang berstatus suami orang. Perkenalan kami bermula sebagai kawan biasa, tapi sejak akhir-akhir ini perhubungan kami bukan setakat kawan lagi.

Malah, kami sudah mula ada perasaan sayang bila si dia mula menghulurkan bantuan setiap kali saya memerlukannya.
Perhubungan cinta kami berlangsung tanpa pengetahuan isterinya.

Kami juga sering keluar bersama ketika isterinya bertugas di luar daerah. Selama kami bersama, si dia menyatakan terlalu bahagia ketika bersama saya berbanding isterinya dan mengambil keputusan untuk menikahi saya.Saya sebenarnya serba salah untuk menerima dia sebagai suami, walaupun saya sebenarnya boleh menerima hak berpoligami.

Perkara yang menjadi masalah saya kerana selama bersama dengannya, dia seperti terlalu sukar untuk berlaku adil kepada saya, lebih-lebih lagi apabila membabitkan hak waktu untuk bersama saya, seolah-olah saya ini tempat untuk menghilangkan kesunyiannya saja.


Baru-baru ini kami bertengkar bila saya mula meminta waktu untuk saya dilebihkan sedikit daripada biasa.
Dia seolah-olah tidak dapat menerima hakikat itu dan hubungan kami kini seperti orang asing.

Salahkah saya meminta hak saya Dr? Untuk pengetahuan Dr, kami hanya berjumpa di luar selama dua jam, sebulan hanya sekali.

Yati
Perlis


Perhubungan sebagai kekasih perlu dimuktamadkan segera menurut ajaran Islam, iaitu melalui ikatan perkahwinan yang sah sebagai suami isteri. Keputusan perlu segera dibuat kerana pasangan anda sudah menyatakan hasrat untuk mengambil anda sebagai isteri.


Hal ini kerana semakin lama bercinta semakin banyak maksiat dan fitnah yang berlaku. Inilah pula yang dikehendaki syaitan.
Jika keberatan untuk menerima sebagai isteri kedua, anda hendaklah segera memberi keputusan untuk menolak dan memutuskan hubungan. Tiada guna lagi untuk merayu dengan meminta hak dan sebagainya.

Lagipun, anda sememangnya tiada mempunyai hak yang sah buat masa sekarang. Hak itu ada apabila sudah menjadi isteri yang sah dengan suami perlu berlaku adil dalam giliran dengan semua isteri.


Hak giliran antara isteri adalah sama dalam Islam dengan tiada perbezaan antara isteri pertama atau kedua.
Setiap suami dan isteri mesti memahami kedudukan perkahwinan dalam Islam yang menginginkan kebahagiaan kedua-dua pasangan.

Bagi suami yang ingin beristeri lebih, perlu ada kesediaan untuk berlaku adil kepada semua isteri.
Berlaku adil bermaksud meletakkan sesuatu kena pada tempatnya dan ia adalah tanggungjawab suami.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info