Semalam industri hiburan tempatan digemparkan dengan tindakan pengarah terkenal, Erma Fatima yang membayar tuntutan saman berjumlah RM11,200 berserta senaskhah Al-Quran kepada pelakon Rabecca Nur Al Islam.
Artikel berkaitan:
Susulan daripada itu, ramai peminat memberi respon positif dan menyokong Erma. Namun, ada juga yang mengkritik dengan mengatakan Erma tidak bersikap matang dalam hal sebegini.
Menerusi laman Twitter milik Erma, pengarah tersebut menjelaskan tiada salahnya dia membayar wang saman dengan apa cara sekalipun kerana nilainya tetap sama.
Dalam masa yang sama, Erma turut berkongsi beberapa keping foto di Instagram berserta caption yang seakan memerli Rabecca sebelum memadam semula foto berkenaan.
Rabecca bagaimanapun telah mempertikaikan pemberian tersebut dan menggelar Erma sebagai berhati bangkai di laman Twitter miliknya.
Walaupun keputusan mahkamah sudah diterima dan kes sepatutnya dianggap selesai, namun nampaknya tiada ruang untuk kedua-dua mereka menghentikan persengketaan dalam masa terdekat ini.