KUALA LUMPUR 1 Dis. - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari meninggal dunia akibat jangkitan kuman di hati dan buah pinggang hari ini.
Allahyarham berusia 63 tahun yang juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Polis Selangor menghembuskan nafas terakhir pukul 8.17 malam ini di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang dekat sini.
Jenazah Allahyarham kemudian dibawa pulang ke kediamannya di Seksyen 10, Shah Alam dan akan dikebumikan esok.
Jumaat lalu, Fauzi dimasukkan ke ICU Hospital Selayang akibat jangkitan kuman di hati serta buah pinggang dan dilaporkan tidak sedarkan diri. - UTUSAN ONLINE