Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Anak Kandung Halau Ayah Sendiri Keluar Dari Rumah

Ampang: Dia bukan saja mengugut dengan menghayun tukul besi untuk mencederakan ayahnya yang berusia 70-an, malah warga emas itu akhirnya dihalau daripada rumah pusaka yang diduduki sejak sekian lama.Itu perbuatan zalim seorang lelaki berusia 30-an yang terdesak mendapatkan wang bagi melangsaikan hutangnya dengan ceti haram atau along.

Sumber polis berkata, dalam kejadian yang berlaku jam 11 pagi Ahad lalu, suspek turut menghalau kakaknya yang turut tinggal di rumah sama yang terletak di Kampung Pandan, di sini.Menurutnya, mangsa bersara daripada perkhidmatan kerajaan sejak setahun lalu dan dia yang sudah kematian isteri tinggal di rumah pusaka berkenaan bersama keluarga anak perempuannya.
 

“Suspek yang belum berkahwin turut tinggal di rumah itu. Pada hari kejadian suspek tiba-tiba naik berang dan menghalau ayah serta kakaknya keluar dari rumah,” katanya.Sumber itu berkata, mangsa cuba menenangkan anaknya dan meminta mereka berbincang secara baik namun, suspek enggan berbuat demikian sebaliknya mengambil tukul besi dan mengugut untuk mencederakan ayahnya itu.

“Lelaki itu mendesak bapa dan keluarga kakaknya keluar dan mengancam mahu membelasah mereka dengan tukul besi berkenaan jika arahannya tidak diterima.





 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info