Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Lipas Ditemui Dalam nasi Berianni

SEORANG pelanggan wanita sebuah restoran prata popular di Jalan Upper Serangoon, Singapura terkejut apabila mendapati terdapat seekor lipas dalam nasi beriani yang dipesannya.Memetik laporannya kepada STOMP, apabila perkara itu diajukan kepada seorang pekerja di situ, dia cepat-cepat mahu mengambil pinggan tersebut untuk dibersihkan.

“Kami enggan dia mengambil pinggan tersebut dan memintanya memanggil pengurus. Dua pekerja kemudian datang dan memohon maaf. Mereka juga menawarkan kepada kami untuk menggantikannya,” kata pelanggan itu.

Bagaimanapun, dia menolak kerana tahu ia merupakan nasi beriani yang sama dimasak sebelum ini.Pekerja tersebut kemudiannya terus mengambil pinggan tersebut dan tidak mempedulikan mereka selepas itu.Pihak restoran bagaimanapun tidak meminta bayaran untuk nasi beriani tersebut.“Kami sangat kecewa dengan kebersihan dan perkhidmatan di restoran ini,” ujarnya mengakhiri laporan itu.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info