Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Bapa Kesal Dakwa Anak Meninggal Disebabkan Kecuaian Doktor

KUALA LUMPUR - Seorang bapa kecewa apabila anak lelaki tunggalnya berusia 11 bulan yang mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor meninggal dunia selepas enam hari terjatuh dari katil hospital berkenaan ketika ditinggalkan bersendirian.

Menurut bapa mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Fakhrul, 30, anaknya, Adam Faris dimasukkan ke hospital berkenaan pada 12 Februari lalu akibat kekejangan selepas terjatuh di rumah pengasuhnya di Shah Alam pada hari sama.

Katanya, selepas dirawat, anaknya telah sedar dan diberi ubat pelali sebelum proses pengimbasan di bahagian kepalanya dilakukan"Selepas selesai proses pengimbasan, doktor memberitahu anak saya tidak mengalami pendarahan serius di kepala dan akan pulih.

"Saya kemudian diarah meninggalkan Adam di atas katil setinggi satu meter yang tidak mempunyai penghalang di dalam bilik rawatan berikutan doktor pelatih mahu mengambil darah," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.







 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info