gambar hiasan
Ahli Pasukan Keselamatan Daerah Kerian, Lee Sin Chew berkata, pada hari kejadian, pihaknya menerima panggilan daripada seorang penduduk taman itu lebih kurang jam 5.15 pagi yang melaporkan telah menyaksikan perbuatan seorang lelaki tidak dikenali sedang memanjat pagar rumah jirannya.
Menurutnya, susulan laporan itu, pihaknya segera menghubungi polis, manakala beberapa anggota lain bergegas ke rumah mangsa untuk mengesan suspek.
“Setibanya kami di sana, suspek didapati sedang mengutip beberapa pakaian berjenama milik keluarga mangsa yang disidai di ampaian setelah mengumpil keluar beberapa aksesori dalaman kereta.
Suspek yang berjaya ditahan penduduk
“Suspek cuba melarikan diri setelah menyedari kehadiran kami, bagaimanapun gagal melepaskan diri berikutan jumlah kami dan penduduk setempat yang turut sama begitu ramai,” katanya sewaktu ditemui media di sini semalam.
Sin Chew berkata, mangsa cuba bertindak agresif sewaktu dicekup orang ramai, bagaimanapun berjaya ditenangkan setelah polis hadir ke tempat kejadian.Menurutnya, kejadian penangkapan suspek dijangka membantu menyelesaikan sebilangan besar kes kecurian pakaian berjenama dan aksesori dalaman kenderaan yang sering berlaku melibatkan kawasan sempadan Parit Buntar dan Nibong Tebal, Pulau Pinang.
“Kes kecurian melibatkan taman perumahan di daerah ini dan daerah bersempadan semakin kerap berlaku sejak awal tahun 2014.“Kegagalan mewujudkan kawasan rukun tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dilihat antara punca kes sebegini semakin meningkat berikutan penduduk tidak boleh terlalu bergantung harap kepada polis semata-mata.
“Saya menggesa orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan memantau rumah sendiri terutama pada waktu awal pagi,” katanya.
sumber